in

“Semua dalam keadaan berihram” – Lagi Serangan Berlaku Di Lapangan Terbang Arab Saudi

Lapangan Terbang Arab Saudi Diserang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum pun reda kejadian serangan maut yang mengorbankan 13 nyawa dan mencederakan 308 orang, Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi sekali lagi menjadi sasaran serangan pada Ahad.

Dalam kejadian terbaharu itu, sebuah projektil dilaporkan mengenai salah satu dewan penumpang lapangan terbang berkenaan sehingga mencetuskan kebakaran.


Jurucakap tentera Arab Saudi, Mejar Jeneral Turki al-Maliki mengesahkan kejadian itu, manakala pihak berkuasa penerbangan awam turut memaklumkan terdapat mangsa yang mengalami kecederaan.

Menerusi rakaman eksklusif yang diperoleh Al Arabiya menunjukkan jemaah umrah sedang bersiap sedia untuk menaiki penerbangan masing-masing sebelum berlaku serangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Al Arabiya English (@alarabiya_eng)

Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yemen mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan, mendakwa mereka menggunakan gabungan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis dan dron untuk menyasarkan lapangan terbang itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Jurucakap tentera Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree turut mendakwa kumpulan berkenaan menyerang beberapa kemudahan minyak serta Lapangan Terbang Dammam yang terletak di timur Arab Saudi.

Pihaknya memberi amaran bahawa operasi serangan terhadap Arab Saudi akan diteruskan, malah kebanyakan lapangan terbang di negara itu berpotensi menjadi sasaran mereka.

Artikel berkaitan: Tiba-tiba Patah, 23 Orang Cedera Dalam Insiden Permainan Taman Tema Runtuh Di Arab Saudi

Artikel berkaitan: “Buat apa nak berperang di Yaman?”

Untuk rekod, serangan pada Sabtu lalu disifatkan antara serangan paling berdarah di negara Teluk itu sejak konflik serantau tercetus pada Februari lalu.

Susulan kejadian tersebut, gabungan tentera pimpinan Arab Saudi berikrar akan mengambil tindakan balas dan menyifatkan serangan berkenaan sebagai jenayah perang.

Bagaimanapun, pihak Houthi mendakwa serangan mereka dilakukan sebagai tindak balas terhadap sokongan Arab Saudi kepada kerajaan Yemen dalam perang saudara negara itu, selain serangan udara yang menyasarkan Lapangan Terbang Sanaa.

Situasi keselamatan di rantau berkenaan juga semakin meruncing selepas gencatan senjata sementara antara kumpulan Houthi dengan gabungan pimpinan Arab Saudi yang dimeterai pada 2022 dilaporkan runtuh pada Julai lalu.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.