in

“Buat apa nak berperang di Yaman?”

Page Mat Sabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Malaysia yang dipegang oleh Pakatan Harapan (PH) kini dalam proses mengkaji dan memulihkan keadaan negara.


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang menjalankan tugas bagi memastikan negara Malaysia selamat untuk didiami rakyat.

Mat Sabu
sumber: the malaysian insight

Menurut Malaysian Insight, Kerajaan Malaysia sedang mengkaji semula penghantaran tenteranya ke Arab Saudi untuk mengelakkan daripada terlibat dengan konflik di negara-negara teluk.

Mat Sabu mengulas satu kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) yang mempersoalkan penglibatan pasukan tentera Malaysia dalam pakatan negara Arab memandangkan Arab Saudi dan sembilan negara sekutunya didakwa menyerang Yaman.

Matsabu
sumber: blog

Beliau menegaskan langkah yang diambil adalah untuk kebaikan Malaysia. Selain itu, beliau mengatakan negara Malaysia tak harus terlibat dengan konflik Arab Saudi dan negara-negara teluk berkenaan lagi-lagi apabila ia melibatkan serangan ke atas sebuah negara Islam.

“Kita sedang kaji dan kemungkinan akan tarik balik tentera kita dari sana kerana kita mahu kekal sebagai negara berkecuali.”

“Buat apa kita terlibat menyerang Yaman, sebuah negara Islam dan kita tidak mahu terlibat dengan konflik sebegini.”

Bukan itu je, beliau turut menjelaskan bahawa sekiranya tentera Malaysia ingin terlibat di peringkat antarabangsa, ia perlulah dilakukan hanya melalui PBB sahaja.

Tentera
sumber: blog

Sebelum ini, PBB dah mengeluarkan amaran kepada negara lain yang membantu Riyadh selepas penyiasatannya mendapati kebanyakan sasaran serangan di Yaman antara Mac dan Oktober lalu adalah kawasan awam yang melibatkan banyak kematian orang awam termasuk kanak-kanak.

Mat Sabu lebih tahu. Apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan negara.

Baca: 3 Menteri Kabinet Ni Dah Isytihar aset Mereka, Mat Sabu Paling Sempoi

Menteris 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.