in

“Sempoi betul Agong” – Buat Kejutan Santap Tengah Hari Di KFC, YDP Agong Beratur Order Macam Rakyat Biasa!

Agong Is Sweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak daripada mula lagi memegang tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, rakyat jelata memang sudah jatuh cinta benar dengan akhlak dan peribadi yang dibawa baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Terbaru hari ini, baginda sultan telah membuat kejutan apabila memilih untuk menikmati santapan tengah hari hanya di sebuah KFC dekat Bandar Temerloh. Waaah! 

 

Lepas Solat Jumaat, Agong santap KFC je! 

Menerusi perkongsian Instagram Istana Negara, baginda sultan dikatakan telah menikmati santapan tengah harinya di KFC lepas selesai Solat Jumaat di Bandar Temerloh. Wah relaks je YDPA order set KFC. Beratur macam orang biasa pulak tu! Salute habislah kat Tuanku! 

Dalam pada itu, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dimaklumkan telah mencemar duli ke Temerloh untuk melawat mangsa-mangsa ribut di sana. Seramai 74 keluarga telah dikurniakan sumbangan daripada baginda berdua.

Image 1
sumber: utusan online

 

“Sportingnya tuanku!” 

Rata-rata netizen yang melihat posting ini memuji sikap merendah diri tuanku yang sanggup beratur dan memesan order macam rakyat biasa. Ternyata memang berjiwa rakyat sungguh Agong kita ni kan. Macam mana agaknya perasaan staf KFC tu!

Sporting 1
sumber: instagram

 

“Mesti berdebor staff kat kaunter tu” 

Berdebor

Berdebor 2
sumber: instagram

Admin doakan semoga tuanku panjang umur dan berada dalam kesihatan yang baik sentiasa. Seronok tengok kemesraan tuanku dengan rakyat jelata! 

Baca: “Sejuk hati tengok Permaisuri menutup aurat” – Netizen Kagum Lihat Keperibadian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah

Sweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.