in

“Sejuk hati tengok Permaisuri menutup aurat” – Netizen Kagum Lihat Keperibadian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah

Tunku Azizah Aminah Maimunah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diisytiharkan menjadi Ketua Negara yang baharu apabila baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Di sebalik gemilangnya Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan yang diadakan hari ini, mata-mata netizen nampaknya tertumpu kepada Raja Permaisuri Agong yang baru, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cantik rupawan. 

Dynapd4Uwaeyrcq
sumber: malaysiakini
Dym0Kiru8Aax9M7
sumber: malaysiakini

 

“Sejuk hati tengok Permaisuri Agong menutup aurat… lambang wanita Islam” 

Admin sempat juga jengok di media sosial apa pandangan netizen terhadap Raja Permaisuri Agong yang baru ini.

Ternyata ramai yang menyukai penampilannya yang bertudung litup dan memakai pakaian yang lengkap menutup aurat. Inilah lambang wanita Islam yang patut dijadikan ikutan!

Aaaa
sumber: facebook

 

“Permaisuri ini nampak sangat lembut, tenang, simple dan baik. Inilah yang kita mahukan daripada seorang ‘first lady'” 

Tak cukup dengan tu, ramai juga tak kira bangsa kagum dengan gaya dan penampilan yang dibawa Tunku Azizah. Kata netizen, baginda terlihat sangat lembut, peramah dan membawa ciri ‘first lady’ yang rakyat impikan.

Lady 1 Vert
sumber: facebook

 

“Suka cara Sultan Abdullah tengok Tunku Azizah” 

Malah layanan spontan Al-Sultan Abdullah kepada isterinya yang terlihat ‘sweet’ itu juga mendapat perhatian netizen.

Admin setuju sangat dengan apa yang dikatakan netizen kat atas ni. Sejuk hati bila tengok YDP Agong dan Raja Permaisuri baru kita ni.

Kami daripada Lobak Merah merafak sembah setinggi-tinggi tahniah buat baginda berdua atas pengisytiharan sebagai Ketua Negara yang baharu pada hari ini. Daulat Tuanku! 

Baca: “Bye Mateen!” – Netizen Kini ‘Obses’ Dengan Kekacakan Tengku Fahd, Adinda Sultan Pahang Tengku Abdullah

Fahd Hensem 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.