in

“Petang semalam kata meninggal, malam tadi nazak pula” – Pelakon Trauma Hospital Salah Maklum Isteri Meninggal

Isteri Badrol Shah Masih Belum Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dari kisah pemergian penyanyi, Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID 19 pada Isnin lepas, kisah mengenai isteri pelakon Badrol Shah juga mendapat perhatian ramai kerana dikatakan meninggal akibat wabak tersebut.

Menurut laporan mStar yang terdahulu, isteri pelakon tersebut, Farah Sheila Mazlan, 37, telah meninggal dunia pada pukul 1 petang Selasa selepas 8 hari dimasukkan ke ICU, Hospital Kuala Lumpur.


Badrol Shah 1

 

Isteri Badrol Shah belum meninggal dunia? 

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian rakan artis Jasmin Hamid di Instagram, dimaklumkan rupa-rupanya terdapat kekeliruan di atas kematian Farah yang sebenarnya masih hidup dan kini dalam keadaan nazak.

https://www.instagram.com/p/CSbrY8sF64_/?utm_medium=copy_link

Menurut Gempak, Badrol Shah mengakui dia dalam keadaan trauma dan keliru dengan tindakan pihak hospital sehingga menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.

Dua hari lepas, pelakon ini mengakui pihak hospital telah menghubunginya untuk memaklumkan bahawa isterinya sudah meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, pada sebelah malamnya, seorang doktor lain menghubungi dan memberitahu bahawa isterinya kini sedang nazak dan belum meninggal dunia.

Petang semalam (Selasa), doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal dunia. 

“Di sebelah malam pula, seorang doktor lain pula memaklumkan isteri sedang nazak dan belum meninggal dunia. 

98175365 1529430970551109 285822273888190464 N

“Selepas diberitahu tentang isteri sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook sebab andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini. 

“Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan memaklumkan isteri sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham,” katanya.

 

“Ada yang kata saya cuba menipu dan meraih simpati. Bukan niat saya…” 

Perkara tersebut membuatkan Badrol trauma dan sekaligus risau dengan kata-kata orang yang mengatakan dia menipu atau sengaja meraih simpati.

“Ada yang kata saya cuba menipu dan cuba meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut. Sedangkan saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya,” katanya lagi.

Farah yang merupakan seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat kini sudah 9 hari di ICU, HKL.

83442589 224858151847958 2585881083140636672 N

Badrol termasuk empat orang anaknya sebelum ini disahkan positif COVID 19 dan telah selesai menjalani tempoh kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.

Buat masa ini masih tidak diketahui status keadaan isteri Badrol yang terkini. Jadi marilah kita doakan yang terbaik buat isterinya. 

Baca: Sharnaaz Ahmad Beri ‘Pesanan’ Pada YouTuber Melawat Pusara Siti Sarah Untuk ‘Content’

Collage 2.44.29 Pm

Sumber: mStar
Sumber: Blog
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.