in

Gadis-gadis Tertanya-tanya Tentang Pelakon Hensem My Coffee Prince Ni. Siapakah Dia?

Page Sean Lee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang pasti sudah sedia maklum tentang drama My Coffee Prince yang telah selesai ditayangkan di Astro sebanyak 28 episod. Diadaptasi daripada drama popular Korea bertajuk Coffee Prince, drama ini menampilkan pelakon terkenal seperti Fattah Amin dan Janna Nick.


Walaupun telah habis ditayangkan pada Januari yang lalu, salah seorang pelakon drama ini masih menjadi bualan ramai dek kerana bakat dan wajah tampannya. 

Sean2
sumber: instagram
Sean8
sumber: instagram

Sean Lee merupakan salah seorang barisan pelakon di dalam drama My Coffee Prince yang memegang watak sebagai Jia Wu. Sebelum bergelar anak seni, Sean Lee atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern merupakan seorang vlogger yang kerap memuat naik video berkaitan gaya hidup di YouTube.

Sean3
sumber: instagram
Sean7
sumber: instagram

Sebelum berlakon dalam drama arahan Michael Ang itu, Sean pernah muncul di dalam drama bertajuk Keluarga Pontimau yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2015 bersama Keith Foo, Marsha Milan, Jaslin Puasa dan Amelia Henderson.

Anak kelahiran Subang Jaya berusia 24 tahun ini merupakan graduan jurusan Diploma Persembahan Seni di Sunway College. Sean telah diberikan kepercayaan yang tinggi oleh pengarah dan penerbit tempatan untuk mengambilnya berlakon walaupun masih baru di dalam industri lakonan.

Sean5
sumber: instagram
Sean6
sumber: instagram

Selain itu, anak kedua daripada tiga beradik ini juga mempunyai impian untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang muda dan mengaku sedang membuat persiapan ke arah kehidupan perkahwinan walaupun belum mempunyai calon.

Pelakon kacak ini turut mendedahkan mula berminat dalam bidang pertukangan selepas membuat perabot seperti meja dan kerusi untuk kafenya serta bercadang untuk menjadikan pertukangan sebagai karier selepas bersara dari industri hiburan kelak.

Wahh.. Harap dapat tengok Sean Lee berlakon lagi lepas ni…

Baca: Finalis Pertandingan Ratu Cantik Ini Jadi Tumpuan Kerana berhijab, Kenali Raudha Kasmir

Sean

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.