Selepas Terpalit Isu Tak Bayar KWSP, Shuib Kini Bukan Restoran Ikan Patin

Tambah ke Sumber Pilihan
Selepas Terpalit Isu Tak Bayar KWSP, Shuib Kini Bukan Restoran Ikan Patin

Sebelum ini perniagaan yang dijalankan oleh pelawak, Shuib berdepan dengan isu lewat membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya, bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat Shuib untuk meluaskan empayar perniagaannya itu.

Kini, Kosmo! melaporkan bahawa Shahmira Muhammad, 40, membuka restoran House Of Patin di Jalan Kampung Hulu, Melaka. Jelasnya restoran tersebut merupakan perniagaan bersama dua lagi rakan kongsi Max Koh dan Ahmad Daniar, yang merupakan pengasas House Of Patin-Restoran Lipis di Kuala Lumpur.


Artikel Berkaitan : “Orang mula nak tokok tambah” – Isu ‘Sangkut’ Bayar KWSP Pekerja, Shuib Pelik Dituduh Bermewah

Artikel Berkaitan : Dituduh Bermewah, Shuib Dedah Bubble Bee ‘Bergerak’ Guna Wang Hasil Pendapatan Lain

Menurut Shuib, dia dah membuat perancangan dan perbincangan untuk membuka restoran tersebut sejak tahun lepas selepas Daniar berhasrat untuk menambah cawangan di negeri lain.

Shuib

“Saya sudah lama kenal Daniar, tekak pun dah lima tahun asyik makan patin tempoyak restorannya jadi memang sentiasa cari peluang untuk bekerjasama.

“Kedai ni memang kita bawa menu asal House Of Patin-Restoran Lipis dengan seleksi ikan jenis biasa sehingga ‘kayangan’.”

Ketika ditanya berkenaan dengan keyakinannya dalam industri ini selepas terpalit dengan isu lewat bayar KWSP pekerjanya pada November lalu, Shuib mengatakan dia ambil pengajaran daripada kelemahan pengurusan pihaknya itu.

“Kita belajar daripada apa yang mungkin tidak ‘proper’, ada kesilapan atau terlepas pandang, kita terus bergerak ke depan.”

Tambah Shuib lagi, dia akan teruskan selagi mana dia rasa buat benda yang betul, jelasnya, dugaan itu biasa dan ia sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Sumber : Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Selepas Terpalit Isu Tak Bayar KWSP, Shuib Kini Bukan Restoran Ikan Patin
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/selepas-terpalit-isu-tak-bayar-kwsp-shuib-kini-bukan-restoran-ikan-patin/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM