KWSP Galak Golongan Muda Mulakan Simpanan Seawal Usia 14 Tahun

Tambah ke Sumber Pilihan
KWSP Galak Golongan Muda Mulakan Simpanan Seawal Usia 14 Tahun

Ramai mungkin tak tahu, individu seawal usia 14 tahun sebenarnya sudah dibenarkan menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Akta KWSP 1991.

Menurut KWSP, langkah itu bertujuan menggalakkan golongan muda memulakan simpanan lebih awal secara sukarela, sekali gus membentuk tabiat pengurusan kewangan sejak remaja.


Kwsp Pfp

KWSP berkata, simpanan awal memberi kelebihan jangka panjang kerana caruman berpotensi berkembang melalui kesan penggandaan dividen.

“Langkah mudah seperti menyimpan duit khususnya yang diterima pada musim perayaan boleh menjadi asas awal kepada pembentukan disiplin kewangan, walaupun golongan remaja bukan sasaran utama institusi itu,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: Mad Nor Tegur Cara Perbelanjaan Gen Z, Betul Ke Golongan Muda Kini Hadapi Masalah Kewangan?

Artikel berkaitan: Boros Sampai Bankrapkan Negara Sendiri! Ini 7 Raja Paling Teruk & Kejam Dalam Sejarah Dunia

Selain itu, KWSP turut memperluaskan program literasi kewangan di sekolah dan universiti, dengan lebih 20,000 pelajar universiti menerima pendedahan berkaitan perancangan kewangan dan persaraan sepanjang 2025.

Dalam masa sama, program i-Saraan yang menyasarkan pekerja sendiri dan sektor tidak formal turut mencatat peningkatan apabila jumlah penerima insentif padanan kerajaan naik 35.9 peratus kepada lebih 720,000 orang pada 2025, manakala jumlah caruman meningkat kepada RM4 bilion.

Menurut KWSP, simpanan awal bukan sahaja membantu dana persaraan, malah boleh menyokong keperluan lain seperti pendidikan, pelaburan dan pemilikan rumah pada masa depan.

Sumber: Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisa Salleh
Lagi tulisan Nisa

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

KWSP Galak Golongan Muda Mulakan Simpanan Seawal Usia 14 Tahun
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kwsp-galak-golongan-muda-mulakan-simpanan-seawal-usia-14-tahun/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM