in

“Aku takkan boleh menidakkan kenangan kita” – Shuib Mohon Maaf Kepada Jep

Ft Shuib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak, usahawan, dan pelakon terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhammad akhirnya tampil memberikan respon berkenaan dengan kenyataan yang diberikan oleh Jep Sepahtu baru-baru ini.

Dalam satu hantaran video di Threads, Shuib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan juga bersuara mengenai beberapa isu yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.


Artikel berkaitan : “Kalau sembang, semua orang boleh, lagi-lagi zaman podcast” – Jep Sepahtu Tayang Resit Bayar Zakat

Artikel berkaitan : Dakwa Tidak Dijemput, Jep Sepahtu Jawab Soalan Peminat Tentang Majlis Kahwin Shuib & Watie

Mohon maaf kepada Jep

Shuib menjelaskan bahawa, dia sudah hubungi Jep menerusi WhatsApp selepas Jep memberikan kenyataan terbuka menerusi Instagram yang tular pada baru-baru ini. Katanya, mesej permohonan maaf itu telah dihantar tak sampai 24 jam selepas hantaran Jep itu dibuat.

Screenshot 2026 10 15 132319

“Saya nak maklumkan yang tak sampai 24 jam, iaitu pada 1:51 pagi Jumaat. Saya telah pun WhatsApp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf di atas kekhilafan saya dan juga Mamat menyindir dia di Dol’s Podcast episod bersama dengan Azlee Senario.”

“Saya kira dia telah pun terima WhatsApp tersebut dan mungkin telah membacanya, wallahualam. Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali. Saya anggap ini ujian untuk saya dan balasan di atas kekhilafan saya dalam berkata-kata.”

Dalam video tersebut, Shuib dilihat menahan sebak untuk memberikan pesanan khusus buat Jep jika pelawak itu ada menonton videonya itu.

“Jep… Jep, kalau kau tengok video ni Dok, aku mohon maaf. Aku mohon maaf Dok, aku mohon maaf.”

Shuib juga turut mengakui bahawa hubungan persahabatan mereka yang telah terjalin hampir 20 tahun, hampir separuh daripada usia hidupnya, dan bagi Shuib, ia amat bermakna dan tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja.

Screenshot 2026 10 15 132434

“Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang telah pun kita bina selama ni Dok. Selama kita bekerjasama, susah senang yang kita pernah lalu, kejayaan yang pernah kita capai, dan ianya akan aku simpan sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku.”

Dalam pada itu, Shuib turut memohon maaf atas kekhilafan serta keegoan dirinya dan menegaskan bahawa beliau mendoakan agar urusan Jep sekeluarga, termasuk isterinya Sari Yanti dan anak-anak, sentiasa dirahmati serta dimudahkan Allah SWT.

Di samping itu, Shuib juga ada memberikan beberapa respon lain terhadap isu yang melanda dirinya baru-baru ini, boleh tonton video penuh di bawah.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.