in

Dituduh Bermewah, Shuib Dedah Bubble Bee ‘Bergerak’ Guna Wang Hasil Pendapatan Lain

Shuib 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kecoh di media sosial, penyampai radio juga pengasas syarikat minuman Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut Harian Metro, isu tersebut sudah pun selesai setelah dia berhubung dengan para pekerja dengan memberi memo dan kiriman e-mel mengenai status pembayaran KWSP.


Namun, dalam sesi interview oleh Utusan Malaysia Digital baru-baru ini, Shuib mendedahkan dirinya sudah setahun tidak bergaji dengan syarikat Bubble Bee.

Dalam sesi interview tersebut, Shuib menjawab persoalan netizen yang menganggap dirinya bermewah tetapi mengabaikan kebajikan pekerjanya. Shuib berkata, dirinya sendiri perlu bekerja seawal empat pagi sebagai penyampai radio.

Saya bukan buat Bubble Bee je, saya bangun empat pagi ye sebagai penyampai radio. Alhamdulillah, saya juga jadi duta untuk beberapa produk. Maksudnya, sumber kewangan saya daripada sumber lain juga.

Setahun tak ada gaji

Namun, dia juga memberitahu selama setahun dia tiada gaji di Bubble Bee dan hanya membuat marketing percuma sahaja untuk syarikat tersebut.

Setahun takde gaji dekat Bubble Bee. Setahun saya buat marketing for free untuk Bubble Bee sebab saya owner Bubble Bee. Saya kena fight Bubble Bee sampai habis.

Selain itu, Shuib menafikan dirinya hidup bermewah tetapi sumber rezekinya dari tempat lain digunakan untuk menggerakkan perniagaannya itu,

Sebenarnya, rezeki dari tempat lain yang saya dah bawa masuk dalam Bubble Bee hanya untuk melihat Bubble Bee bergerak.

Dia juga bersyukur kerana diberi rezeki daripada pelbagai sumber lain dan telah menyalurkan hampir tujuh angka ke dalam syarikat Bubble Bee.

Salurkan hampir 7 digit untuk Bubble Bee

Rezeki saya dari tempat lain, saya bawa masuk dalam Bubble Bee dan amaun almost seven digit. Walaupun kita dalam keadaan yang tak berapa baik, tapi just to make sure diorang ada gaji, ada kehidupan.

Akhir sekali, Shuib berkali-kali memberitahu dirinya tidaklah bermewah seperti yang dilihat oleh orang lain dan bisnesnya juga semakin meningkat. Dia juga beranggapan kecaman yang diterima itu sebagai semangat untuk berjaya dalam bisnes.

Dalam bisnes, ada silap kita kena betulkan, kena buat penambah baikan. Jangan bila ada silap, kita melenting dan rasa orang nak jatuhkan kita…

Bagus Shuib ni, luas rezekinya buat macam-macam untuk bisnes Bubble Bee.

Sumber: Utusan Malaysia, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.