“Selama ni kaut kuah pakai jari je” – [VIDEO] Ramai Tak Tahu Sebenarnya ‘Tupperware’ Ni Boleh Lipat!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Selama ni kaut kuah pakai jari je” – [VIDEO] Ramai Tak Tahu Sebenarnya ‘Tupperware’ Ni Boleh Lipat!

Rasanya pasti ramai antara kita yang pernah menggunakan bekas makanan plastik yang mempunyai dua ruang berlainan saiz.  Biasanya ruang yang lebih besar akan diletakkan nasi dan ruang yang lebih kecil akan diisi dengan lauk dan kuah.

Min yakin mesti selama ini ramai yang struggle untuk mengaut kuah di ruang yang kecil itu untuk diletak atas nasi. Lebih parah jika tak ada sudu dalam situasi tu, lagilah susah untuk kita kaut kuah gunakan jari.


Tapi tahu tak sebenarnya korang tak perlu nak bersusah payah pun?

Melalui perkongsian di Tiktok oleh pengguna @jhleyna, wanita ini berkongsikan satu ‘life hack’ yang bakal memudahkan ramai orang di masa depan. Dalam video berdurasi 15 saat itu, wanita yang bekerja sebagai seorang cikgu itu bertindak melipat ‘tuppaware’ yang sering digunakan orang ramai.

Menariknya, bekas makanan itu langsung tidak patah dan kuah serta lauk pada ruang yang lebih kecil itu terus dituang ke atas nasi dengan mudah. Tak payah susah-susah nak cari sudu dah lepas ni.

Perkongsian itu meraih lebih 2 juta tontonan dan melebihi 200 ribu jumlah like di laman Tiktok. Di ruangan komen, boleh dikatakan majoriti pengguna baru tahu berkenaan trick ini dan tak sabar untuk mencubanya.

1 1 3 2 4 2

Ada juga yang ingin mencuba, namun risau jika ‘tuppaware’ yang digunakan rosak dan bakal dimarahi ibu masing-masing. Biasalah, mak-mak dan tuppaware kan berpisah tiada.

5 22 26 1

Menarik, kan? Harap perkongsian dari cikgu ini bermanfaat untuk korang juga.

Sumber: Tiktok

Baca: “Jangan sampai hilang” – Anak Dedah Hobi Ibu Suka Kumpul Tupperware, Sampai Penuh Satu Almari

7

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Selama ni kaut kuah pakai jari je” – [VIDEO] Ramai Tak Tahu Sebenarnya ‘Tupperware’ Ni Boleh Lipat!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/selama-ni-kaut-kuah-pakai-jari-je-video-ramai-tak-tahu-sebenarnya-tupperware-ni-boleh-lipat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM