“Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai” – Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak Bala

Tambah ke Sumber Pilihan
“Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai” – Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak Bala

Amalan bacaan Yasin dan solat hajat bagi melancarkan sesuatu majlis atau memohon diberikan kemudahan dalam menjalankan sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam. Namun ada juga yang terlalu bergantung kepada amalan tersebut hingga boleh mengakibatkan penyelewangan akidah.

Menurut Sinar Harian, beberapa individu di laman sosial Facebook berkongsi amalan mereka membersihkan kenderaan yang baru dibeli menggunakan air bacaan Yasin atau air solat hajat. Langkah tersebut kononnya dipercayai boleh mengelakkan daripada perkara buruk seperti kemalangan atau kecurian berlaku kepada kenderaan yang baru dibeli itu.


Car2 2
Sumber: Sinar Harian

“Tiap kali husband beli motor atau kereta memang mandikan dengan air sembhayang hajat. Lepas mandikan, jangan basuh kereta atau motor tu selama tiga hari, (ini) mengelakkan daripada benda-benda yang tak diingini berlaku,” komen seorang netizen.

“Betul, saya pun pernah buat. In sha Allah dilindungi daripada benda-benda yang tak diingini,” tambah seorang lagi netizen menyokong amalan tersebut.

Car3 1
Sumber: Sinar Harian

Komen cara ‘memandikan’ kereta baru yang dikongsi oleh pengguna-pengguna Facebook ini difahamkan sebagai maklum balas terhadap kes kemalangan yang menimpa seorang pelakon terkenal tanah air baru-baru ini.

Berhubung dengan perkata ini, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Mufti Negeri Sembilan tampil memberi kenyataan bagi menjelas tindakan ini kepada umum.

“Solat hajat dan membaca Surah Yasin memang perbuatan yang elok. Tapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya, itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.” 

Car4
Sumber: Sinar Harian

Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu lagi tidak betul dan (boleh dianggap) khurafat.”

Yusof menasihatkan individu-individu yang mempraktikkan amalan sebegini seeloknya merujuk kepada golongan ulama terlebih dahulu dan meminta pandangan daripada orang yang betul-betul faham hal berkaitan agama sebelum melakukannya.

Banyak amalan baik di dunia ni yang disalah tafsir atau salah penggunaannya sekaligus memesongkan akidah umat Islam. Kita perlu sentiasa berhati-hati dengan hal seperti ini kerana khurafat dan syirik adalah dosa besar. 

Nota: Gambar kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Baca: 6 Jalan Di Malaysia Yang Paling Kerap Berlaku Kemalangan!

Car6 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai” – Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak Bala
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/selagi-tak-mandikan-tak-boleh-pakai-mufti-bidas-amalan-guna-air-solat-hajat-untuk-tolak-bala/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM