in

Sekumpulan Lelaki Sikh Guna Turban, Berjaya Selamatkan 2 Pendaki Jatuh Dalam Air Terjun

3Singh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan lelaki beragama Sikh berjaya menyelamatkan dua lelaki yang terjatuh ke air terjun di British Columbia, Kanada beberapa minggu lalu.


Usaha menyelamat itu berjaya disempurnakan oleh 5 lelaki Sikh tersebut selepas diberitahu ada dua orang pendaki memerlukan bantuan. Lelaki-lelaki Sikh itu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan membuka turban yang dipakai mereka untuk dijadikan tali bagi menyelamatkan mangsa. Screenshot 2021 10 23 At 12.03.17 Pm

Menurut laporan The Sacramento Bee, sebaik mereka mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut, kumpulan pendaki lain meminta mereka menghubungi pihak penyelamat, namun, telefon bimbit mereka tidak mendapat sebarang hubungan kerana mereka berada di kawasan pedalaman.

Screenshot 2021 10 23 At 12.03.47 Pm

Salah seorang daripada 5 lelaki Sikh tersebut, Kuljinder Kinda meminta rakan-rakannya yang lain untuk membuka turban masing-masing dan membentuk tali. Hasil daripada gabungan turban kinda dan rakan-rakannya, mereka berjaya membentuk ‘tali’ yang panjangnya kira-kira 33 kaki.

Screenshot 2021 10 23 At 12.04.42 Pm

Kemudian mereka melempar ‘tali’ tersebut kepada mangsa yang terjatuh dan menariknya ke tempat yang selamat. Dalam satu video rakaman kejadian, kedengaran kumpulan lelaki Sikh itu berkomunikasi antara satu sama lain bagi memastikan ‘tali’ yang dibina cukup kuat dan ketat untuk menarik mangsa ke tempat yang selamat.

Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan selepas memegang ‘tali’ tersebut yang membantunya melalui batu-batu di kawasan air terjun itu.

Korang boleh tengok video usaha menyelamat itu kat SINI 

Screenshot 2021 10 23 At 12.08.30 Pm

Baca: “Islam agama nasihat, bukan semata-mata menghukum umatnya” – Sultan Johor Seru Orang Ramai Henti Berprasangka, Mahu Status Agama Illi Najwa Disahkan

Screenshot 2021 10 23 At 12.06.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.