in

“Islam agama nasihat, bukan semata-mata menghukum umatnya” – Sultan Johor Seru Orang Ramai Henti Berprasangka, Mahu Status Agama Illi Najwa Disahkan

Sultan Johorf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan isu wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique yang dikhabarkan telah berkahwin dengan pemain hoki warga India, Manpreet Singh Pawar di India, hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi. 

Menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita dari negeri tersebut.


47377779 1108940882605937 1894216221193142272 N

Baginda juga bertegas mahu status agama Illi Najwa disahkan melalui ahli keluarganya yang berada di sini serta menerusi maklumat daripada kedutaan Malaysia di India.

Titah baginda lagi, sebagai Ketua Agama Islam Johor, dirinya berasa bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

“Saya berkeyakinan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor akan memberikan pertolongan diperlukan kepada wanita berkenaan bagi mengekalkan akidah wanita itu dalam lingkungan syariat Islam.

“Apa juga berita yang kita terima berkaitan dengan silaturahim sesama umat Islam, perlu diteliti tanpa prasangka buruk. Kita perlu berlapang dada dan berbaik sangka.

“Kita juga perlu dan mengambil tindakan meneliti berita berkenaan dari sumber yang pasti dan tepat,” titah baginda.

https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/1736063629893656

Selain itu, Sultan Ibrahim juga turut berdukacita dengan penularan berita perkahwinan wanita berkenaan yang dikatakan melangsungkan perkahwinan dengan cara yang tidak mengikuti hukum syarak di India.

Saya berasa dukacita apabila terdapat berita yang bertebaran di media berkaitan seorang wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan yang tidak berdasarkan hukum syarak di India.

“Saya percaya kita semua akan dapat memastikan kesahihan berita berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Sementara itu, saya menasihatkan semua pihak tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra-matang dalam berita ini,” titah baginda.

Illi Najwa Saddique Instagram 1

Ujar baginda lagi, wanita terbabit juga telah mendapat kecaman yang hebat di platform media sosial sedangkan dia tidak mengisytiharkan ingin keluar daripada agama Islam.

Oleh sebab itu, kita juga tidak boleh membuat tindakan menghukum Illi Najwa dengan tergesa-gesa kerana perkara tersebut akan menjadi ‘tembok tinggi’ bagi wanita tersebut untuk kembali ke negaranya semula dan menjarakkan lagi jurang antara keluarganya di Malaysia dan dia yang kini di India.

Anak Sedara Halimah Saddique 1

Dalam pada itu, baginda juga menasihatkan kepada wanita tersebut untuk memastikan segala tindakan atau keputusan yang dilakukannya mendapat restu ibu bapa dan tidak melanggar norma agama Islam.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dan diharapkan kita semua dapat ambil nasihat yang baik daripada baginda Sultan. 

Baca: “Kami tiada pilihan” – Illi Najwa Beri Penjelasan Lepas Didakwa Murtad Sebab Kahwin Ikut ‘Style’ Agama Lain

Collage 35

Sumber: Facebook
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.