in

Bapa Mangsa T*kam Bersedia Bersemuka Dengan Keluarga Suspek

Ft Banting Bapa Mangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada pelajar yang cedera akibat serangan tikam di sebuah sekolah di Banting menyatakan bahawa dirinya bersedia untuk bertemu dengan keluarga suspek. Mohd Firuz Ibrahim, 43 berkata, setakat ini beliau belum mendapat apa-apa panggilan daripada keluarga suspek.

“Ya, saya bersedia untuk berjumpa… tengok keadaan dahulu macam mana.”

Kenyataan itu diberikan jika bapa mangsa bersedia untuk memaafkan suspek berhubung dengan kejadian yang menimpa kepada anaknya itu.


Artikel berkaitan: Remaja Dipercayai Alami Lebih 10 T*kaman, Berikut Kronologi Kes T*kam Di Sekolah Banting 

Artikel berkaitan: “Anak guam saya adalah autistik” – Peguam Kes T*kam Di Sekolah Banting

Dalam pada itu, beliau berharap tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak yang terlibat berkenaan dan dijadikan pengajaran memandangkan kejadian itu berlaku di kawasan sekolah.

Screenshot 2026 07 07 161347

“Pada masa sama, saya berharap anak saya mendapat keadilan yang sewajarnya.”

Isnin lepas, sekitar jam 9.30 pagi, mangsa dilaporkan mengalami antara 14 hingga 16 kesan tikaman selepas diserang seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah ditahan dan kini sedang direman selama 4 hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.