in

Sekeluarga ‘Kantoi’ Sewa Ambulans Swasta Untuk Balik Kampung

Sewa Ambulans Rentas Negeri E1637980865542

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah berbulan-bulan rakyat Malaysia dikenakan sekatan untuk merentas daerah masih ada yang cuba-cuba untuk melakukan perkara tersebut dengan pelbagai alasan dan cara.


Bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah yang terjadi kepada sekeluarga daripada Temerloh yang tular di media sosial baru-baru ini gara-gara taktik ‘licik’ mereka untuk pulang ke kampung di Gemas, Negeri Sembilan.

Menurut posting di laman Facebook tersebut, difahamkan seorang wanita berusia 30 tahun telah menyewa sebuah ambulans swasta dan membawa bersama ibu dan dua orang anaknya.

Ambulans Sewa Balik Kampung

Dikhabarkan rancangan mereka berjalan lancar sehinggalah ambulans berkenaan ditahan di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu, Temerloh.

Difahamkan juga, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu wanita berusia 30 tahun berkenaan ditahan bersama ibunya yang berusia 70 tahun dan didapati turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun menaiki ambulans berkenaan.
Menurut posting berkenaan, wanita tersebut dikatakan telah menyewa ambulans swasta itu dengan kadar bayaran RM1,300, sebelum ambulans berkenaan datang mengambil mereka di Taman Bahagia untuk ke Negeri Sembilan sebelum ditahan di SJR.
Kes ini turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof yang berkata, pihak polis menahan empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pemandu kedua ambulans di SJR berhampiran Kampung Belenggu di sini.
“Ketika pemeriksaan kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis”
Menurut Mohd. Azhar lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, selain siasatan lanjut mengenai isu ini masih giat dilakukan.
Difahamkan kertas siasatan juga akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Haritu ada kes orang cuba berenang, kalini… sewa ambulans pulak… Macam-macam! 
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.