in

“Sampai doctor kat sebelah suruh slow” -Netizen ‘Kecut Perut’ Tengok Skill Pemandu Ambulans

Feature Image Article Ambulans Skill

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia permotoran, orang selalu kata, skill pemanduan merupakan perkara pertama, kemudian baru kita tengok kenderaan apa yang dipandu. Namun, min yakin ramai yang akan bersetuju kalau min cakap skill ‘abang’ ambulans ni tiada tolok bandingnya.


Seperti kebiasaan, sekiranya ada kes-kes kecemasan yang memerlukan pesakit atau mangsa kemalangan dikejarkan ke hospital dalam keadaan segera, kenderaan yang bakal menggalas tugas berkenaan adalah ambulans.

Seperti sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @ezamlahh ini, kelihatan beliau mengekori sebuah ambulans dari belakang dan difahamkan dia dalam proses ‘belajar’ cara untuk ‘membuka jalan’.

Ambulans Driver Skill

Biasanya, terma ‘membuka jalan’ ni sering digunakan bagi merujuk kepada membuka laluan ketika jalan sesak atau trafik agak padat.

Menerusi video yang sudah mendapat hampir 200 ribu tontonan tersebut, difahamkan saudara Ezamlahh ini berada dalam ambulans belakang dan individu yang memandu ambulans hadapan adalah ‘orang lama’ yang mahu mengajar cara untuk membuka laluan kepada pemandu ambulans baru.

“lain perasaan bila otai dah nk pencen ajar skill bukak jalan dgn layan angin… seram aku…”

@papamayyalain perasaan bila otai dah nk pencen ajar skill bukak jalan dgn layan angin…hahaha…seram aku…♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke

Melihat skill pemanduan ambulans tersebut, rata-rata komen yang min sempat baca memuji keberanian dan skill yang ada pada para pemandu ambulans. Sememangnya ia merupakan salah satu sifat yang perlu ada dalam setiap pemandu ambulans.

Ambulans Driver Tiktok Comment

Mana tidaknya, setiap minit dan saat sangat bermakna dan penting dalam menentukan hidup dan mati seseorang pesakit yang dibawa dalam ambulans tersebut. Walaupun dibawa laju, namun percayalah mereka-mereka yang memandu ambulans ini sangat peka dengan keadaan sekeliling dan sangat cekap mengendalikan kenderaan berkenaan.

Laju, tetapi tetap tenang mengendalikan kenderaan tersebut…

Ambulans Driver Tiktok Comment 2

Membaca ke ruangan komen video tersebut, ternyata memang ramai yang bersetuju bahawa pemandu ambulans ni selalunya ‘menyeramkan’. Tidak kurang juga ramai yang kongsikan pengalaman masing-masing menaiki kenderaan berkenaan.

Fuh, memang menyeramkan, tapi kita tahu kita akan selamat. Tak gitu? 

Baca : Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital, Petugas Sempat Ajar Syahadah Kepada Warga Bangladesh

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.