in

“Sekarang kok jadi begini” – Sudah 5 Bulan Ambil Syabu, Netizen Terkejut Lihat Perubahan Nia Ramadhani

Nia Ramadhani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang hangat di negara seberang, pelakon sinetron terkenal Indonesia, Nia Ramadhani telah ditahan polis bersama suaminya, Ardi Bakrie semalam kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Menurut mStar, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis telah mengesahkan bahawa Nia dan suaminya positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu menerusi ujian air kencing.

Nia Ramadhani Dan Ardi Bakrie Yang Telah Dirangkum Tribunnews

Pasangan itu juga telah ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia dan mengaku telah mengambil dadah jenis itu sejak 5 bulan lalu. Aduhai… 

Selain Nia dan Ardi, pemandu peribadi mereka juga didakwa mengambil syabu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak polis.

Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama 5 bulan, termasuk pemandu peribadinya. Polis juga merampas sejumlah barang bukti termasuklah alat untuk menghisap syabu (bong),” kata laporan.

 

“Ini Nia Ramadhani?” 

Dalam pada itu, tersebar pula beberapa gambar yang menunjukkan keadaan terbaru Nia yang dilihat agak cengkung serta pucat yang mana gambar tersebut diambil dari video yang dimuat naik dari Instastory nya.

Selain kelihatan cengkung, Nia yang terkenal dengan watak ‘Bawang Merah’ itu tampak lesu dan tidak bermaya.

Foto tersebut mendapat perhatian netizen Indonesia yang rata-rata terkejut dengan perubahan pelakon tersebut yang dahulunya terkenal dengan kecantikan aslinya dan mendakwa perubahan ini berlaku kerana pengambilan dadah.

Nia Kurus

Kes ini menurut polis Indonesia masih lagi dalam siasatan dan mereka sedang memburu pihak yang bertanggungjawab mengedar bahan terlarang itu kepada Nia.

“Pasti ramai yang bertanyakan apa motif si pelaku ini. Kalau dari maklumat awal ketika pandemik ini si suami isteri berdepan tekanan kerja yang banyak. Itu alasan klasik. 

“Tapi kami akan terus menyiasat apa yang diberitahu dan akan menjejak dalang di sebaliknya. Apa kemungkinan dia juga membekalkannya kepada artis atau public figure lain,” ujar polis.

Harap Nia dan suami dapat pulih daripada ketagihan mereka. Kesian dekat anak-anak. 

Baca: PA ‘Expose’ Nia Ramadhani Takut Bayar Sendiri Di ‘Cashier’, Rupanya Sebab…

Nia Takut Bayar Cashier

Sumber: Tribunnews
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.