in

PA ‘Expose’ Nia Ramadhani Takut Bayar Sendiri Di ‘Cashier’, Rupanya Sebab…

Ft Nia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu aktres jelita dari Indonesia ini membuatkan ramai netizen terhibur dengan pendedahan-pendedahan mengenai peribadi dirinya yang kadang-kadang tak masuk akal di fikiran seperti tak tahu kena simpan sayur dalam fridge dan tak pandai potong buah.

Kali ini lagi sekali namanya viral kerana tabiat ‘peliknya’ ketika membeli belah.


 

Nia tak pernah masuk ‘fitting room’

Menjadi artis dengan bayaran tinggi dan isteri kepada ahli perniagaan yang kaya raya membuatkan Nia Ramadhani bebas berbelanja tanpa perlu melihat harga. Dia boleh berbelanja apa saja jika memahukannya.

Nia6

Nia4

 

Menurut kapanlagi, selain tak melihat harga, Nia juga dikatakan tak pernah masuk fitting room apatah lagi untuk mencuba.

Dia hanya pilih berdasarkan saiz sahaja. Kalau tak muat pula terus diberi kepada orang lain.

 

Takut nak bayar sendiri di cashier, rupanya takut tengok ‘total spending’ sendiri…

Bukan itu sahaja, Nia juga dikatakan takut bayar sendiri di cashier kerana takut melihat jumlah perbelanjaannya. Hal ini didedahkan sendiri oleh Prita, PA Nia.

https://twitter.com/KakiDramaTV1/status/1336971061766705152

Menurut Nia, membayar di kaunter adalah perkara yang menakutkan kerana dia boleh merasa menyesal selepas membuat pembayaran. Oleh sebab itu dia lebih suka menyuruh pekerjanya yang dipanggil Pak Sri untuk bayar di kaunter.

 

Baca : “Perjalanan gue dari rumah gue susah banget” – Nia Ramadhani Dedah Hidup Susah Masa Kecil, Pergi Sekolah Naik Van Tambang

Nia5

 

Sumber: instagram
Sumber: instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.