in

Sedap Gila Weh! Korang KENA Cuba Nachos Rendang Dekat Nachoslah!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hola Señorita! Pernah tonton telenovela terkenal seperti Rosalinda dan La Usurpadora? Anda mesti terbayang-bayang makanan terkenal seperti nachos dari negara Amerika Latin ini. Tapi nak cari di mana pula nachos yang sedap-sedap di sekitar KL? Takkanlah nak merantau hingga ke Mexico pula kan…


Jangan bimbang! Apa kata kalau anda ke Nachoslah dekat The Port Damansara dan cuba makan nachos di sana? Nachos di sini bukan calang-calang tau. Ada gabungan rasa lokal yang bakal menarik perhatian anda.

Sumber: Instagram

Cara memesannya mudah saja. Pertama, anda perlu pilih saiz nachos yang anda mahukan dan kemudian jenis ‘kuah’ yang anda minati. Seterusnya, anda pilihlah topping yang bakal menyedapkan lagi nachos anda.

Topping yang menjadi pilihan dan sebutan ramai itu terdiri daripada rendang daging atau ayam yang anda pasti kena cuba! Mmm lain dari yang lain kan? Orang Mexico pun pasti terpinga-pinga kalau dapat rasa topping istimewa ini.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Nachoslah juga ada menghidangkan makanan terkenal Mexico yang lain seperti tortilla dengan pilihan daging ataupun ayam. Selain itu, mereka juga menyediakan tacos, quesadilla, canapes dan buritos yang sedap-sedap belaka.

Nachoslah beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang hingga 1 pagi. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, mereka beroperasi pada jam 5 petang hingga 2 pagi. Bagi yang suka lepak malam-malam, bolehlah berkunjung ke premis ini.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Nachoslah untuk sebarang update terbaru mengenai makanan yang disediakan di sini.

Aduhai! Nampak sedap kan? Apa tunggu lagi… Jomlah serbu Nachoslah di Damansara! 

Baca: Bukan Nasi Lemak Paru Atau Sambal Sotong, Tapi Nasi Lemak Lobster! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.