in

Bukan Nasi Lemak Paru Atau Sambal Sotong, Tapi Nasi Lemak Lobster!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai pembaharuan dilakukan pada makanan kegemaran ramai, nasi lemak. Kek nasi lemak, biskut nasi lemak, aiskrim nasi lemak dan bermacam-macam lagi.


Namun bukan pembaharuan baru yang ingin diceritakan di sini tetapi menu nasi lemak yang menarik perhatian ramai di Singapura iaitu Nasi Lemak Lobster! Wooowww!

Menu itu dijual oleh Lawa Bintang, sebuah gerai makan di Tampines, Singapura.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Gerai itu dikatakan sudah agak lama berniaga menjual nasi lemak tetapi menu ciptaan mereka yang paling terkenal adalah Nasi Lemak Lobster ini. Menurut penduduk setempat di sana, nasi lemak ini bukan hanya membuatkan orang terliur, tetapi rasanya juga tidak mengecewakan!

Nasi lemak premium yang kelihatan mewah ini dihidangkan bersama seekor lobster yang disalut dengan minyak bawang putih dan tiga jenis keju yang berbeza sebelum dipanggang. Mereka juga turut menggunakan pelbagai jenis herba untuk menonjolkan rasa daging udang galah tersebut.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Nasi lemak yang seperti biasa dihidangkan bersama telur, timun, kacang dan sambal ini dijual pada harga S$22 (lebih kurang RM69), di mana ianya berpatutuan kerana anda diberikan keseluruhan lobster dalam setiap hidangan!

Bagaimanapun, jika anda bukan peminat setia lobster, jangan risau kerana anda boleh juga dapatkan nasi lemak yang dihidangkan bersama salmon, udang, sotong dan bermacam-macam lagi. Harga bermula pada S$7 (kira-kira RM22) dan kedai hanya dibuka sehingga jam 2 petang, jadi pastikan anda cepat sebelum semua menu di gerai berkenaan habis terjual. Paling penting, ianya halal.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau anda memang peminat tegar nasi lemak, kemas baju dan bersedia untuk trip ke Singapura! :p

Baca: Bukan Roti Canai Mamak Tetapi Roti Canai Apek. Lelaki Pecah Tradisi Canai Roti Selama 18 Tahun di Segamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.