in

“Sedap, berkhasiat” – [VIDEO] Bagi Tips Makan ‘Cat Food’ 3 Kali Sehari Untuk Turun Berat Badan, Tapi Sebenarnya…

Cat Food

Ramai netizen yang aktif di media sosial berkata walaupun ada video-video viral merepek dekat TikTok tapi dekat platform tu juga banyak video tentang pelbagai jenis tips dalam kehidupan kita. Ala yang omputih cakap life hacks tu.

Tapi, video tips yang bantu turunkan berat badan dari seorang wanita di luar negara ini mendapat perhatian ramai pengguna selepas dia upload dekat TikTok baru-baru ini. Video tersebut telah dimuat naik semula orang seorang pengguna di Twitter. Melalui video tersebut, wanita terbabit telah memberikan menu rahsia yang sangat mengejutkan dan menjijikkan!

Wanita ini bagitahu dia letak makan makanan kucing untuk dapatkan badan macam tu!

Cat1

Cat4

Bahan rahsianya adalah makanan kucing. Saya tidak bergurau. Ya, ianya selamat untuk dimakan oleh manusia.”

Kenapa makanan kucing? Sebab kucing adalah karnivor jadi ia (makanan kucing) adalah daging jadi makanan ini padat dengan protein.”

Sambil memberikan tips, wanita ini juga menunjukkan cara-cara bagaimana dia sediakan makanan itu. Dalam video tersebut dia dilihat mencampurkan makanan kucing dari dalam tin dengan air. Selepas digaul sebati, dia panaskan di dalam microwave dan letak supplement kucing sebagai topping. Menurutnya juga, dia akan makan 3 tin setiap hari iaitu untuk sarapan, lunch dan makan malam.

Ia sedap, berkhasiat dan membantu membina otot.”

Cat2

Cat7

Ramai netizen berasa jijik dengan perkongsian wanita itu sebab tak sangka dia sanggup makanan cat food. Tapi, lepas video tu viral wanita ini buat TikTok lain untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Katanya, dia memang seorang yang suka upload content lawak dan gurauan. Tak sangka pula video TikTok makanan kucing itu mendapat perhatian ramai. Dia juga menjelaskan sememangnya dia normal dan makan makanan manusia.

Siapa yang kenal dan follow saya memang tahu, saya suka buat video lawak pelik pelik. Ianya tak benar. Saya minta maaf sangat sangat.”

Aiyo, buat suspense je. Ingatkan makan betul betul.

Baca: Aktres & Bintang TikTok India Dikecam Kerana Tidak Sensitif Isu Holocaust

Untitled Collage 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter