Haritu, Menteri Kesihatan kita, Dr Adham Baba telah menyarankan orang ramai untuk minum air suam sebagai salah satu cara untuk melawan jangkitan Covid-19. Namun, saranannya ini telah disangkal oleh Dr Amalina dan beberapa doktor lain seperti Dr Rafidah.
https://twitter.com/rafidah72/status/1241179714338705409?s=20
Tak puas hati dengan penjelasan Dr Amalina yang menyangkal saranan Dr Adham, Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah membuat live di Facebook dan tag Dr Amalina Twitter untuk memberitahu pandangannya.
Wanita bijak pandai, sekarang ni praktikal di luar negara. Muda lagi, ingat baru 20 lebih umur dia.”
Dalam video tersebut, Papagomo telah memanggil Dr Amalina sebagai doktor praktikal yang baru berumur 20-an. Kerana ini, Papagomo merasakan Dr Amalina tak layak nak membidas kenyataan Dr Adham yang dah mempunyai pengalaman lebih lama sebagai seorang doktor.
https://twitter.com/Sir_Azri/status/1242156182703202305
“Jangan politikkan isu kesihatan.”
Ekoran dari kenyataan Papagomo ini, Dr Amalina telah membidas kenyataan lelaki ini dengan memperbetulkan fakta-fakta tentang dirinya.
Netizen juga turut geram dengan kenyataan Papagomo yang tak periksa fakta dulu dan basically cakap orang muda tak layak tegur orang tua. Hmm, kalau dah salah pun nak biar ke?
Tak kisahlah muda atau tua, banyak pengalaman atau sikit, yang penting bila fakta seseorang tu salah dan orang boleh sangkal dengan bukti, kita kenalah terima dan move on.
Baca: “I’m speechless” – Dr. Amalina Kecewa Menteri Kesihatan Seolah-Olah Tidak Tahu Berkenaan Covid-19