Pada 19 Mac yang lepas, RTM ada menemubual Menteri Kesihatan yang baru, Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba untuk bertanyakan soalan-soalan berkenaan wabak Covid-19. Temubual ini dilakukan dalam rancangan Bicara Naratif, bertujuan untuk memberikan kemas kini keadaan semasa negara kepada rakyat Malaysia.
“Bagaimana keadaan semasa di hospital-hospital dalam negara dan pasukan perubatan”
Dalam temubual tersebut, pengacara program ada bertanyakan soalan berkenaan keadaan semasa hospital-hospital dan pasukan perubatan selepas wabak ini dilihat semakin kritikal.
Agak mengejutkan, lain pula yang dijawab Menteri Kesihatan yang baru ini, seolah-olah tidak menjawab soalan yang diberikan oleh pengacara program.
“Covid-19 ni kita panggil 19 sebab dia muncul pada 2019. Jika dia muncul pada 2020 mungkin namanya Covid-20”
[Soalan: Bagaimana Keadaan Semasa Di Hospital-Hospital Dlm Negara Dan Pasukan Perubatan]
Menteri Kesihatan Baru menjawab;
“Covid-19 ni sbb dia muncul pada 2019.
Jika dia muncul pada 2020 mungkin namanya Covid-20.” pic.twitter.com/zYBu8NRrKu
— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) March 19, 2020
Bukan itu sahaja, turut menjadi isu dalam kalangan pengamal perubatan apabila kenyataan Menteri Kesihatan di dalam rancangan itu dilihat tidak bertepatan dengan fakta yang tepat apabila beliau menyatakan bahawa dengan minum air panas boleh membunuh virus di tekak.
“Minum air masak, jangan minum air tidak masak. Kalau boleh suam sikit, virus dia tak suka panas, tapi jangan panas sangatlah. Bila minum, virus ini akan dinyahkan dan pergi ke perut. Dia bila masuk perut ada asid, dia kalah”
https://twitter.com/frrhanuar/status/1240937808128126978
Melihatkan jawapan yang diberikan, Dr. Amalina terkedu dan hanya mampu memberikan kenyataan “I’m speechless” untuk menjawab kenyataan tersebut.
Fakta yang diberikan oleh Menteri Kesihatan ini turut mendapat reaksi netizen yang turut kurang bersetuju dengan kenyataan itu.
“Inikah Menteri Kesihatan kita?”
“Kena hisap rokok banyak-banyak, virus tak suka asap panas”
“Now kita ada orang yang percaya minum air panas boleh bunuh virus”
Semoga semuanya selamat buat negara kita, Amin!