in

“Sebaik jenazah diusung ke ruang tamu, suami beritahu apa berlaku” – Jenazah Siti Surya Selamat Dikebumikan Semalam

Kes Bunuh Siti Surya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa sangka, seorang anak yang pada mulanya menjaga ibu yang terlantar sakit akibat kanser otak akhirnya pergi dulu sebelum ibunya.


Jika dua hari lepas si ibu, Zaini Musa, 55, hanya mampu melihat mayat anaknya, Siti Nur Surya Ismail, 19 terbujur kaku lepas dibunuh dengan kejam di ruang tamu rumah. Semalam, wanita ini melihat pula jenazah anaknya diusung keluar dari ruang tamu untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Menurut Harian Metro, wanita yang tenat akibat kanser otak tahap tiga sejak 2 tahun lalu itu tidak mampu bercakap seperti biasa.

Sebaik jenazah Siti Surya diusung keluar dari ruang tamu kira-kira jam 6.30 petang, suami wanita itu, Ismail Muda, 58, memberitahu isterinya apa yang berlaku. 

Ismail juga memalingkan wajah isterinya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anak perempuan mereka, namun Zaini hanya mampu melihat tanpa berkata-kata.

Seperti yang ditunjukkan rakaman di atas, suasana pilu dan sayu itu membuatkan Ismail dan anak-anaknya serta mereka yang ada di rumah tersebut mengalirkan air mata tidak dapat menahan rasa sedih di hati.

Walau bagaimanapun, jenazah Siti Surya selamat dikebumikan semalam dekat Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu pada jam 8.15 malam.

Sad 2

Sad 3

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarga di Kampung Beladau Kepong dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam kira-kira 6.30 petang.

Jenazah tersebut kemudian telah disembahyangkan di masjid kampung tersebut selepas solat Maghrib.

Menurut laporan, pengebumian Siti Surya telah dihadiri lebih 200 orang termasuk kaum keluarga, saudara-mara dan kenalan arwah.

Apa-apapun kami di Lobak Merah mendoakan semoga keluarga Pakcik Ismail tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah… 

Baca: “Dia tanya kakak mana, saya hanya jawab kakak demam” – Ayah Terpaksa ‘Bohong’ Ibu Pasal Siti Surya

Surya

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.