in

“Dia tanya kakak mana, saya hanya jawab kakak demam” – Ayah Terpaksa ‘Bohong’ Ibu Pasal Siti Surya

Ayah4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkedu, rasa tak percaya apabila Ismail Muda, 58 mengetahui kenalan wanita Allahyarham Siti Nur Surya, 19, sudah ditahan untuk siasatan.


 

Betul ke dia yang bunuh?”

Ayah2

Itulah ayat yang keluar daripada mulutnya saat mengetahui identiti suspek,  dia tidak menyangka gadis sebaya usia arwah dan dikenalinya sanggup mengambil tindakan kejam sedemikian jika benar dakwaan berkenaan.

Tambah Ismail lagi, dia dapat jangka bahawa pelakunya wanita menerusi kesan tapak kaki kecil, namun tidak boleh kenal pasti identiti.

“Terdapat beberapa kesan tapak kaki berserta darah di atas lantai menuju pintu bilik, selain bedak yang ditabur pada pintu almari dipercayai bertujuan menghilangkan kesan cap jari.”

Katanya lagi, Arwah dah lama tak berkawan dengan si pelaku itu dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa kepada pembunuhan. Lapor Harian Metro.

 

Dia bertanya kakak mana, dan saya hanya menjawab kakak demam.”

Sitisurya

Lebih menghibakan lagi, ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong, Ismail hanya menjawab yang Allahyarham Siti Surya demam saat ditanya oleh isterinya Zaini Musa, 55.

Ketika ditanya sama ada isterinya tahu atau tidak dengan kejadian itu, Ismail berkata, dia sukar untuk menyatakan situasi berkenaan.

“Saya rasa dia (isteri) tidak tahu dengan apa yang berlaku. Pada zahirnya juga tidak nampak dia bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi batinnya kita tak tahu,” katanya.

 

Baca : “;Ada kesan gigitan pada lengan”; Keterangan Mencurigakan, Rakan Sekolah Perempuan Ditahan, Kes Pembunuhan Siti Surya

Sitisurya2

Sumber: NST
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.