in ,

“Sebab tu aku malas beli online” – Gadis Kecewa Baju Yang Dibelinya Indah Khabar Dari Rupa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua antara kita mesti pernah shopping secara online kan. Kadang-kadang tu ada tersalah dan tak ikut macam apa yang kita order.


Haa.. cakap pasal tak ikut apa yang kita order ni, admin ada satu tweet nak share dengan korang. Ceritanya, seorang gadis ada beli baju kurung secara online, tapi lepas barang tu sampai, dan dia pakai, hmmm… indah khabar dari rupa. Cuba korang tengok tweet oleh @67Ilya kat bawah ni, admin taknak gelak sorang-sorang.

 

Indah khabar dari rupa

Itulah ayat yang paling sesuai untuk orang yang beli baju ni. Aduh nak gelak kesian nak sedih pun tak guna gak. Dah macam kain potong baju tu, tak siap lagi. Apa-apa pun admin terhibur, serius!

Ohh ada tips rupanya. Ingatkan baju ni RTW. Dah satu kerja pulak nak ikat sana sini. Tapi takpe lah, effort sikit dari terus burn duit macam tu je kan.

Mungkin kena beli kurang satu size dari yang biasa dipakai kot. Baru fit ngam-ngam. Kalau nak adjust pun sikit-sikit je. Senang terus pakai je.

Kalau tak ada kepakaran menjahit tu, admin nasihatkan hantar pegi tailor je. Takpun hantar ke Makcik Tukang Jahit dekat rumah hujung tu. Haa mesti dia boleh repair bagi fit cantik-cantik.

 

Baca: Ini Dia Koleksi Nama Unik Baju Raya Yang Dikaitkan Dengan PKP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.