Siapa sini dah ada baju raya untuk tahun 2021? Walaupun kita beraya kat rumah bukan penghalang kita untuk berhias pada pagi raya. Boleh je kita nak wujudkan suasana Hari Raya walaupun takdelah meriah seperti tahun sebelum-sebelum ni.
Siapa-siapa yang dah order baju raya tu korang perasan tak ada satu jenama ni diorang keluarkan koleksi nama-nama baju raya sempena dengan #DudukRumah dengan istilah-istilah yang trending dan viral di media sosial waktu pandemik Covid-19.
Ni antara nama-nama koleksi baju raya tu
1. Stay At Home Kebaya Lace
2. Lockdown Kurung Kedah Batik
3. TQ Frontliners Kurung Lace
4. Break The Chain Haya Songket Wrap
5. Kita Jaga Kita Kurung
6. Social Distancing Dress
7. We Can Win Pareo Dress
8. Work From Home Songket
9. Stay Strong Kurung Pahang
10. Don’t Panic Kurung Kedah
dan banyak lagi…
Ni contoh untuk Stay at Home Kebaya Lace
Ni pulak contoh untuk Lockdown Kurung Kedah Batik
Korang perasan tak nama-nama baju semua tu diambil sesuai dengan ungkapan-ungkapan yang trending di media sosial. Confirm korang pernah dengar orang kata just stay at home, ungkapan ni lah yang sering kita dengar sesuai dengan keadaan masa sekarang.
Bagi pengasas jenama ini, nama-nama koleksi ini dibuat bagi meningkatkan semangat kebersamaan kaum wanita sepanjang penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Confirm kaum wanita nak juga merasa ada baju raya untuk tahun ni even hanya ada sehelai sebab mungkin itu akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk sambut Hari Raya Adilfitri.
Nak elegant boleh try TQ Frontliners Kurung Lace
Nak nampak fancy sikit boleh try Social Distancing Dress
Jadi, dengan terciptanya koleksi nama baju raya seperti ini dapatlah mereka nak memiliki baju raya.
Pada masa yang sama, koleksi ini juga merangkumi 21 rekaan untuk lebaran kali ini dengan meningkatkan kualiti baju raya tak kisah dari segi jahitan, pemilikan fabrik mahupun rekaan yang mampu memenuhi citarasa wanita zaman sekarang.
Walaupun nama agak sedikit unik, tapi identiti jenama ini masih lagi dikekalkan dan disempurnakan dengan pemilihan fabrik seperti sutera satin, kain kapas lembut, renda, kain bermanik dan juga songket.
Unik kan nama-nama tu. Nanti kalau tahun-tahun akan datang agak-agak ada tak nama unik lain untuk koleksi baju raya ?