in ,

Sebab Pecahkan Cermin Kereta, Abang Botak Dihukum Penjara. Tapi Ramai Tak Setuju Sebab…

Untitled Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum habis kecoh kes amukan Abang Botak pecahkan cermin kereta seorang pemandu wanita dengan helmetnya.


Kali ini, laman sosial terus diriuhkan dengan hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan ke atas lelaki itu semalam.

Ada dalam kalangan netizen yang menyokong, dan tidak kurangnya juga — ada yang membantah.

Menurut mereka, hukuman penjara untuk kesalahan seperti itu adalah terlalu berat dan tidak setimpal — kerana faktor usianya yang masih muda, selain ia hanya akan menjejaskan masa depannya kelak yang dilabel sebagai ‘bekas banduan.’

Selain mereka turut membuat perbandingan beberapa kes lain yang dilihat hampir menyerupai kes Abang Botak.

Abang Botak 4

Abang Botak 2

Abang Botak 1

Abang3

Pandangan ini bukan sahaja disuarakan oleh orang biasa, malah ada dalam kalangan peguam turut senada dan berpendapat — berlaku kekhilafan sewaktu hukuman itu dijatuhkan ke atas Abang Botak.

Seorang peguam, Syahredzan Johan menerusi laman Twitternya berkongsi pandangan dan kenyataan beliau berhubung isu ini.

Syahredzan 1

Dalam kenyataan bersama Farhan Haziq Mohamed yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua mereka menyokong penggunaan undang-undang ke atas mereka yang melakukan kesalahan ‘road bully.’

Namun pada masa sama berpendapat “adalah lebih sesuai sekiranya tertuduh dikenakan hukuman denda dan bukannya penjara.”

Ini dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk “pengakuan salah dan keinsafan yang dilaporkan ditunjukkan oleh tertuduh.”

Syahredzan 2

Selain itu, mereka turut berpendapat hukuman penjara “bukanlah penyelesaian yang sesuai bagi setiap individu yang melalui sistem keadilan jenayah negara.

“Dengan meletakkan pesalah dalam penjara, ia menjarakkan pesalah dengan masyarakat dan juga boleh membawa impak yang negatif kepada pesalah.”

Justeru mereka mencadangkan agar kerajaan “memperluaskan pemakaian hukuman khidmat masyarakat melangkaui peruntukan Seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah sahaja.”

Menurut mereka, ia “memberi peluang kepada pesalah untuk memperbetul kesalahan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang lain dalam tempoh tertentu.”

Hukuman tersebut bukan sesuatu yang asing dalam sistem keadilan jenayah negara ini, namun ia perlu diperluaskan kepada pesalah-pesalah lain mengikut kesesuaian.

Untuk makluman, sebelum ini bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum — juga pernah mencadangkan hukuman seumpama itu dibuat sebagai alternatif kepada hukuman pemenjaraan.

Dan rata-rata netizen turut berpendapat, sudah memadai jika Abang Botak hanya dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat.

Cs1

Cs2

Cs4

Selain itu, turut senada dalam pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat adalah aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau mencadangkan sesi kaunseling dan khidmat masyarakat diwajibkan bagi individu yang ditahan kerana kesalahan memandu secara berbahaya dan membuli di jalan raya.

Katanya, ia wajar dipertimbangkan memandangkan ia telah dilaksanakan oleh beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat.

 

Baca: “Jika Lan Pet Pet boleh dapat denda RM2,000 pukul guard, kenapa abang botak tak boleh?”- Peguam Wanita Nak Bantu Abang Botak Dapatkan Keadilan

Peguam Abg Botak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.