in

Polis Siasat Kes ‘Road Bully’, Pemandu Proton Iriz Dan Nurul Ilham Akan Dipanggil Polis

Nurul Ilham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gejala buli di jalan raya ini sememangnya satu perkara yang lazim di negara kita. Tetapi siapa sangka, anak Perdana Menteri kita, Nurul Ilham juga tidak terkecuali!


Rentetan daripada video berdurasi 14 saat yang dimuat naik oleh Nurul Ilham di Twitter, dia meluahkan rasa kecewa apabila menjadi mangsa buli jalan raya.

Kini, kes tersebut telah menjadi perhatian pihak polis yang berjanji akan melakukan siasatan lanjut.

Nurul Ilham luah rasa kecewa, sedang memandu bersama anak

Nurul Ilham

Tambah Nurul Ilham lagi, pemandu Proton Iriz mula bertindak sedemikian ketika dia menghampiri sebuah plaza tol. Pemandu telah membunyikan hon walaupun Nurul Ilham telah memberikan isyarat untuk masuk ke lorong Touch n Go.

“Saya jarang berkongsi perkara ini, tetapi hari ini saya telah menjadi mangsa ‘road bully’. Kereta tersebut (Proton Iriz hijau) kerap menekan brek walaupun berada di lorong yang paling laju.”

“Pada waktu itu, saya sedang memandu bersama anak yang berusia 2 tahun. Pemandu tersebut terus melakukan perkara yang sama selama seminit sebelum menukar lorong.”


Rentetan peristiwa ini, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan, kedua-dua pemandu akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Proton Iriz memandu secara berbahaya. Dia juga telah menekan brek beberapa kali. Ini telah membuatkan Nurul Ilham berasa tidak selamat.”

“Kes siasat mengikut Seksyen 6(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 166/1959 kerana kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong,”

Tambah A Anbalagan lagi, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ketika memandu kenderaan, lapor Sinar Harian.

Hati-hatilah semasa memandu. Fikir-fikirkan juga tentang pemandu lain di jalan raya. Jangan terlalu ikut perasaan sendiri, padah nanti!

Baca : Nurul Izzah Tinggalkan PESANAN PENTING Buat Bapa Tersayang, Anwar Ibrahim

Anwar Izaah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.