Viral baru-baru ini apabila seorang lelaki bertindak luar kawalan hanya kerana gagal mengawal kemarahannya selepas dia dihon sebuah kereta sewaktu membonceng motosikal.
Daniel Abdullah Tan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah, berkuatkuasa tarikh dia ditahan.
“Saya nak appeal sebab..”
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, seorang peguam akan membuat rayuan untuk membela nasib Danial.
Suzana Norlihan Ujen dalam tulisannya di Facebook berkata, keputusan itu dibuat bagi menegakkan keadilan yang semakin pupus di negara ini.
Ingin jadikan kes abang botak sebagai suatu pengajaran, Suzana menganggap hukuman itu tak adil kerana seorang selebriti mahupun orang ternama tak dikenakan hukuman seberat itu.
Enggan ambil bayaran yuran guaman
Suzana juga enggan mengambil sebarang bayaran yuran guaman untuk membantu Danial.
Jelasnya, ini bukan pertama kali dia membantu klien tanpa mengenakan bayaran yuran guaman.
Abang botak dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 12 bulan terhadap pembantu stor itu yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan khianat terhadap pemilik sebuah kereta.
Abang botak memberitahu mahkamah, dia bengang dengan kereta terbabit selepas hampir dilanggar sebanyak dua kali lalu bertindak menghimpit kereta itu.