in

Lelaki Didakwa Tumbuk & Sepak Doktor Berusia 67 Tahun Gara-Gara Tak Nak Berhenti Kereta?

Ft Samseng Jalanan Ampang

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes mengenai samseng jalanan yang selalu kita dengar sampaikan ada di antara mereka yang berani mencetuskan pergaduhan dengan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang lelaki sedang mengamuk dan telah bertindak memukul pemandu kereta lain.

Screenshot 2023 03 21 111742

Menurut laporan akhbar, lelaki berbaju biru itu menjadi berang apabila arahannya untuk memberhentikan kenderaan itu tidak diendahkan sebelum didakwa menumbuk mangsa.

Difahamkan, mangsa iaitu seorang doktor yang berusia 67 tahun menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang sekitar jam 10:30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu telah ditahan ketika hadir di IPD Ampang Jaya selepas selesai memberi keterangan pada jam 9:45 malam semalam.

Frqtug6Aiaa5Xad

Korang boleh tengok tweet penuh dan juga video asal kat SINI.

Pihak polis telah melakukan semakan ke atas suspek dan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan didapati negatif dadah.

Selain itu, permohonan reman kepada individu tersebut akan dibuat pada hari ini (21 Mac) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Sumber : Twitter, Harian Metro

Baca : Angkara ‘Mobile Legend’, Lelaki Bergaduh Sampai Cedera & Masuk Hospital

Gaduh Mobile Legend 728X383 1