in

“Saya tidak berdendam” – Rahimi Ahmad, Mangsa Tembakan Christchurch Maafkan Penembak Walaupun Kaki Kanan Belum Boleh Bergerak

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti masih ingat Rahimi Ahmad kan? Mangsa tembakan Christchurch dari Malaysia yang berpura-pura mati dan terselamat walaupun cedera ditembak pengganas.


Menurut Harian Metro, kaki kanan Rahimi masih belum dapat digerakkan akibat kesan selepas terkena tembakan di perut dan dia kini masih dirawat di Hospital Burwood New Zealand.

Rahimi berkata, bila dia tanya pada pakar bila dia boleh berjalan, pakar sendiri tak boleh nak pastikan.

05Hmnadi3 1554674488
harian metro

Saya ditembak di perut, tapi peluru sampai ke tulang belakang dan pecah dalam badan hingga serpihan mengganggu sistem saraf termasuk kaki.”

“Saya tidak pasti berapa lama di sini, mungkin sehingga saya mampu berjalan menggunakan tongkat, apabila ditanya kepada pakar, mereka pun tidak dapat menjawab.

“Ketika ini kaki kanan saya seperti dicucuk jarum, disimbah air panas, malah terasa kedudukan jari tengah berada di tepi, kaki pijak lantai tapi rasa tapak kaki di atas berikutan maklumat otak dan saraf tidak bertindak balas dan kaki kiri masih kebas hingga sekarang.”

Ketika dia menceritakan semula pengalaman ngeri sewaktu insiden tembakan rambang di Christchurch, Rahimi berkata dia menerima ketentuan Allah SWT dan telah pun memaafkan penembak tersebut.

Saya tidak berdendam atau rasa nak marah malah memaafkan perbuatan lelaki itu, cuma perbuatan dia yang salah perlu dihakimi dengan betul.”

“Kalau kita maafkan dan dia terlepas begitu saja, tiada gunanya, saya maafkan perbuatan dia, tetapi dia kena diadili dengan betul serta menerima hukuman setimpal atas kesalahan dilakukannya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dalam kejadian itu saya terselamat selepas berpura-pura mati sebaik terkena tembakan pertama di perut.

05Hmnadi2 1554674479
harian metro

“Malah, ketika ditembak, saya meniarap dan mematikan diri manakala satu tubuh jemaah lain menghempap badan saya dan seorang lagi mengenai kaki saya.

“Selepas terkena tembakan, saya terus meniarap dan tidak mengangkat kepala langsung serta hanya mendiamkan diri dan berzikir. Saya dapat mendengar jemaah yang mengerang kesakitan ditembak lagi sehingga mati.

“Saya dan anak, Ahmad Razif, tiba di masjid sebelum azan, selalunya kami duduk depan mimbar, tetapi tidak tahu kenapa hari kejadian saya duduk di tepi dinding dekat pintu keluar.

“Ketika mendengar khutbah, semua jemaah mendengar bunyi bising disangka bunga api membuatkan semua orang tercengang.

“Ketika itu kami mendengar orang menjerit ‘run (lari) dan shooter (penembak), semua masa itu nak lari dan ketika itu saya hilang Ahmad Razif daripada pegangan.

“Saya sudah gelabah anak saya di mana, jadi bila penembak tiba di tengah ruang utama solat, dia terus tembak saya di perut lalu saya terus meniarap atas lantai serta mematikan diri.

“Selepas menembak semua jemaah, penembak berlegar di ruang utama untuk kali kedua dan menembak semua jemaah sekali lagi untuk memastikan semua sudah mati namun saya bernasib baik kerana terlindung di bawah satu mayat.

“Saya dapat rasakan mayat menimpa saya bergegar selepas terkena tembakan kali kedua manakala saya dengar pengganas menjerit bertanya di mana ruangan solat wanita berulang kali.

“Apa boleh saya katakan, pengganas memang berniat mahu membunuh kami sebelum beredar pergi.

“Hampir 15 minit saya mematikan diri selepas mahu memastikan pengganas betul-betul meninggalkan masjid, saya alihkan mayat di atas badan dan mula merasakan kaki kebas malah tulang seperti terkulai.

“Namun saya masih risau keadaan anak, walaupun dibawa atas pengusung oleh paramedik saya masih memikirkan keadaan anak.

“Polis bertanya di mana lagi masjid terdekat, saya terlupa ada satu masjid di Linwood berikutan jauh dari rumah, saya hanya memberitahu polis satu lagi masjid di Universiti Canterbury sebelum mereka menghubungi pasukan lain,” katanya.

“Ditanya nasib anak lelakinya, Rahimi berkata, kejadian itu menjadi tanda tanya buat dirinya apabila anak lelakinya hilang sepantas kilat.

“Sehingga kini saya tak tahu siapa menarik tangan anak dan membantunya melompat keluar daripada tembok masjid setinggi enam kaki.

“Saya kerap membawa anak ke masjid pada waktu solat lain, dia juga tidak mengenali siapa menyelamatkannya, siapa pun orang itu saya berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan anak saya.

“Alhamdulillah saya pulih daripada trauma.

“Itu saja yang boleh saya imbas, banyak waktu lain saya hanya meniarap dan mendiamkan diri.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kami.”

05Hmcuc1 1554674485
harian metro

Rahimi adalah antara tiga rakyat Malaysia yang cedera manakala seorang remaja Muhammad Haziq Mohd Tarmizi adalah antara 50 yang terkorban dalam serangan tembakan rambang di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch ketika umat Islam berkumpul untuk solat Jumaat pada 15 Mac lalu.

Semoga Rahimi cepat sembuh dari kecederaannya ini.

 

Baca: [TERKINI] “Dia berpura-pura mati” – Rahimi Ahmad Ditemui Masih Hidup

Screenshot 2019 04 08 At 6.10.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.