Alhamdulillah! Salah seorang jemaah rakyat Malaysia Rahimi Ahmad dalam Masjid Al Noor yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemui selamat dan masih hidup.
Lapor New Straits Times, lelaki berusia 39 tahun dari Pulang Pinang ini dipercayai turut menjadi mangsa tembakan rambang itu.
” Berpura-pura mati “
Menurut rakannya, dia bertindak pantas dengan berpura-pura mati biarpun mengalami kecederaan.
“Rahimi cedera tapi dia berpura-pura mati masa di tempat kejadian”
Selain itu, seorang lagi jemaah Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib 46 tahun juga terselamat biarpun mengalami kecederaan akibat ditembak dari belakang.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan bahawa Tarmizi sedang mendapatkan rawatan di Hospital.
Rakan itu juga berkata Tarmizi bersama isteri dan dua orang anaknya, Hariz dan Haziq, di masjid untuk melaksanakan solat Jumaat.
Masih dalam pencarian
Dia berkata ketika ini rakan-rakannya yang lain sedang dalam misi pencarian anak lelaki Tarmizi, Haziq yang masih hilang.
” Mizi (Tarmizi) dan anak-anaknya, bersama Rahimi dan rakan saya yang lain Nazril, berada di masjid.”
“Mizi berlari dengan Hariz, tetapi dia ditembak di belakang. Hariz selamat sekarang. Haziq ditinggalkan dengan Nazril dan Rahimi. Kami masih tidak yakin dengan status Haziq, “
Sama-samalah kita mendoakan agar mangsa-mangsa yang lain selamat.