Satu rakaman video memaparkan detik menyentuh hati apabila beberapa pengguna jalan raya berganding bahu membantu seorang wanita dipercayai warga emas melintas jalan tular di media sosial hingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nfellisa di Threads, kelihatan tiga pengguna jalan raya bertopi keledar berada di tepi lampu isyarat merah sedang membantu seorang aunty untuk melintas dengan tongkatnya.
Malah, seorang lelaki sanggup mendukung aunty itu bagi memastikan dia dapat menyeberangi jalan dengan selamat.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Taman Melawati, Kuala Lumpur, berdekatan bangunan Telekom Malaysia (TM).
Tindakan spontan mereka bukan sahaja memudahkan urusan aunty itu, malah turut meraih pujian ramai di media sosial yang memuji sikap prihatin dan semangat saling membantu yang dipamerkan.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Terima kasih raikan aboh masuk pulau” – Wanita Terharu Staf Tolong Gendong Bapa Turun Naik Bot
Artikel berkaitan: “Anak muda budi bahasa tinggi” – [VIDEO] Netizen Terharu Tengok Rider Bantu Warga Emas Lintas Jalan
“Terima kasih orang baik”
Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna mendakwa dia pernah bertemu dan berbual dengan aunty tersebut di sebuah restoran di Taman Melawati.
Menurutnya, mereka pada mulanya sekadar berkongsi meja kerana tiada tempat duduk kosong. Namun, perbualan ringkas itu bertukar menjadi luahan hati apabila aunty mula menceritakan kisah hidupnya yang penuh dugaan.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat kerana membantu aunty tersebut untuk melintas jalan dengan selamat.
Malah, ada juga netizen yang menyifatkan tindakan mereka membuktikan rakyat Malaysia sememangnya bersikap prihatin dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama.

Sumber: Threads
