in

“Saya terlalu penat dengan kerja & tengah marah” – Video Edi Rejang Dedahkan Punca Dia Naik Angin

Edii3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan isu Edi Rejang, dia akhirnya buka mulut punca bertindak sedemikian. Menerusi video dalam  Facebook rasmi ADUN Kepong Lim Lip Eng , dia menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang racist.

Ini kerana dia sendiri mengaku bahawa anaknya merupakan murid dari sekolah cina. Biarpun sudah buat permohonan maaf secara terbuka. dia ingin berjumpa dengan gadis tersebut.


 

Saya terlalu letih pasal kerja & marah. Emosional kerana berkaitan dengan alkohol.

“Saya tak racist kerana anak saya belajar di sekolah Cina, saya juga mempunyai kawan Cina, Pada masa itu saya terlalu letih dari kerja dan marah, dan saya menjadi terlalu emosional kerana ia berkaitan dengan alkohol. Saya dengan tulus meminta maaf kepada wanita itu,”

Lapor The Star, pada masa itu dia ingin membeli barang di pasaraya tersebut, dia perasan seorang wanita sedang menawarkan sample beer kepada pelanggan di tengah kesesakan orang ramai.

 

“Saya tidak memeriksa terlebih dahulu”

Edii
Sumber : facebook

“Kerana itu adalah bahagian yang sempit, saya melihat ramai orang berkumpul di sana tetapi tempat itu adalah bahagian bukan halal dan saya tidak memeriksa terlebih dahulu.

Semasa saya tengah marah pada masa itu, saya mengeluarkan telefon saya dan memutuskan untuk mengambil video daripada wanita itu, untuk mempersoalkannya, menunjukkan ‘jari tengah’dan terus pergi.”

Menurutnya, tindakan yang terjadi di pasaraya Giant Ampang Point itu berlaku secara spontan dan dia sendiri tak tahu kenapa dia melakukan perkara tersebut.

 

“Tak berniat langsung, Itu adalah salah saya”

Edii2
Sumber : facebook

“Saya tak berniat langsung untuk jadi racist, kita adalah 1Malaysia, orang Cina, India dan orang Melayu semuanya mempunyai hak mereka. Itu adalah salah saya kerana saya yang telah melalui kawasan yang bukan halal tetapi saya masuk dan lempar kata-kata di tempat itu.”

Edi juga berkata bahawa dia berharap dapat bertemu wanita itu secara peribadi untuk meminta maaf.

Lim berkata dalam video bahawa dia tidak pasti jika wanita itu memaafkannya atau tidak, tetapi  dia akan cuba menghubungi wanita itu untuk mendapatkan pandangannya mengenai isu ini.

Dalam satu kenyataan oleh Carlsberg Malaysia, promoter beer itu memutuskan untuk tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi. 

Baca : “Harap isu tidak dipanjangkan” – Video Permohonan Maaf Edi Rejang Secara Terbuka

Edimintamaaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.