in

“Harap isu tidak dipanjangkan” – Video Permohonan Maaf Edi Rejang Secara Terbuka

Edimintamaaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atas tindakan biadap Edi Rejang yang berunsurkan racism kepada promoter beer tempoh hari, kemarahan netizen membuak-buak sehingga memberikan impak besar.


Difahamkan, menerusi perkongsian indidivu yang telah ke halaman rumahnya ini menjelaskan bahawa dia telah dibuang kerja setelah 10 tahun berkhidmat, bahkan anaknya yang peroleh pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga terkesan, kemungkinan akan diberhentikan.

Rentetan dengan kemarahan seluruh rakyat Malaysia ini, Edi Rejang membuat permohonan maaf secara terbuka terutamanya kepada gadis tersebut.

 

“Saya akui keslaahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya”

Edi atau nama sebenarnya Mohamad Edi Bin Mohamad Riyars, membuat permohonan maaf kepada wanita tersebut dan ingin bersemuka dengannya secepat mungkin.

Bahkan dia juga telah bertemu dengan Ahli Parlimen (DAP), Lim Lip Eng berhubung dengan isu ini, menurut beliau , kes ini akan diserahkan kepada wanita itu sendiri dan pihak polis.

 

Kami serahkan perkara ini kepada gadis itu – Lim Lip Eng

Edi
Sumber : twitter

“Mohamad Edi Bin Mohamad Riyars (Edi Rejang) jumpa kami, PPBM, Amanah & PKR semalam. Dia mohon maaf atas perbuatan kasar & kata-kata kesat dia terhadap seorang gadis penjual di tempat tidak halal. Kami serahkan perkara ini kepada gadis itu dan polis untuk keputusan mereka.”

Edi Rejang telah nyah aktifkan akaun media sosial miliknya, namun begitu seorang kenalan penduduk setempat yang kongsikan video permohonan maaf itu menjelaskan bahawa dia amat menyesali perbuatannya.

 

” Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri “

Menurut kenalannya ini,Edi bukan sahaja di berhentikan kerja, anaknya yang ebrsekolah di SJK (C) didesak untuk berhenti. Katanya, Edi menangis teresak-esak menyesali perbuatannya itu.

“Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. Apabila viral isu berkenaan, saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan. Cuba tak masuk campur. Tapi harini, saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis, teresak.

Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik.

Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak anak.

Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta merta.

Isteri tak kerja, Edi Rejang ada anak anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri.”

Memandangkan keluarga Edi Rejang ini pandai urus keluarga dengan baik, beri pendidikan terbaik pada anak-anak. Dia menganggap bahawa tindakan Edi ini tidak ada bermotifkan politik langsung, hanya tindakan bodoh semata-mata.

 

“Tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.”

Niatnya bukanlah ingin membela tindakan Edi Rejang, hanya kesian dengan nasib keluarga memandangkan Edi yang berkhidmat di sebuah syarikat selama 10 tahun diberhentikan kerja serta merta.

Isterinya tidak bekerja dan merasakan ini sangat tidak adil kepada keluarganya.

“Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia.

Saya berani jamin, tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.

Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi Rejang. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi.

Pendidikan amat penting. Edi Rejang hilang perkerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain.

Saya dimaklumkan Edi Rejang ada jumpa pimpinan. Saya harap, pimpinan berkenaan secepat mungkin selesaikan perkara ini.”

Hmm, jadikan lah pengajaran, kalau terlajak perahu boleh berundur, ni kalau terlajak upload video maki racist memang kena viral walaupun dah padam akaun. Mudah-mudahkan gadis tersebut dapat maafkan tindakan Edi Rejang ni.

 

Baca : “Malukan Melayu je” –  – Netizen Bengang Melayu Racist Ini Biadap ‘Angkat Jari Tengah’ Pada Promoter Beer

Innocent Beer Promoter Gets Shamed And Flipped Off For Doing Her Job In Giant Hypermarket World Of Buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.