in

“Saya terima ugutan bunuh” – Janna Nick Mohon Maaf Isu ‘Lisa Blackpig’, Perjelas Fitnah Yang Dia Hadapi

Jannnnnna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, pelakon dan hos, Janna Nick yang menjadi sebutan ramai gara-gara isu penghinaan terhadap artis Kpop beberapa hari lalu telah tampil membuat sidang media virtual kira-kira jam 3 petang tadi.


Menerusi sidang media khas, Janna Nick bersama peguamnya telah mengupas dua isu utama yang menjadi serangan buat dirinya sejak akhir-akhir ini iaitu video berkenaan mempersenda kematian seorang penyanyi Kpop, Jonghyun dan dakwaannya menghina penyanyi Lisa Blackpink.

Menurut peguam Janna,

“Insiden kekecohan yang berlaku melibatkan anak guam saya bermula apabila terdapat pengguna TikTok memuat naik semula sebuah video yang telah dirakam tiga tahun lepas. 

“Pada waktu itu anak guam saya telah pergi ke sebuah salun rambut untuk mewarnakan rambut beliau. Ketika rambut Janna Nick berwarna perang, beliau diajukan dengan soalan, “ini yang mati tu kan?” 

“Dalam keadaan waktu itu hingar bingar dengan bunyi peralatan salun rambut, Janna Nick pada masa itu tidak dapat mendengar dengan jelas. 

“Beliau sendiri merasakan soalan itu mempersendakan diri beliau sendiri. Jadi beliau hanya membalas dengan mentertawakan jenaka yang diberikan pada dirinya itu,” katanya.

Janna 1 1

Janna juga katanya telah membuat permohonan maaf berkenaan isu tersebut pada 6 Januari 2018.

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, video tersebut sekali lagi menimbulkan kekecohan selepas ia dimuat naik di media sosial dengan kapsyen-kapsyen penuh provokasi. Malah lebih mengeruhkan keadaan, apabila Janna memohon maaf, dia pula dituduh tidak ikhlas.

 

Terima ugutan bunuh dan kecaman hebat netizen 

Selain itu, Janna juga mendedahkan yang dia telah menerima pelbagai kecaman termasuklah ugutan bunuh, jenayah dan fitnah serta tuduhan palsu yang dilemparkan kepadanya.

Susulan itu, pelakon ini telah membuat laporan polis dan perkara ini juga katanya sedang dalam siasatan SKMM terutamanya dalam mengenalpasti identiti pengguna akaun yang menggunakan nama samaran.

Janna 2

Berikutan isu penghinaan terhadap Lisa Blackpink, peguamnya juga menjelaskan kapsyen ‘Lisa Blackpig’ bukanlah menghina tetapi ia membezakan tahap pencapaian watak Lisa di dalam telefilem ‘Delen’ dengan Lisa Blackpink yang sebenar. Ia tidak memburukkan tetapi sebaliknya satu penghargaan.

Kita telah pun ambil tindakan yang serius dan masih dalam siasatan. Saya memang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memulakan provokasi dan fitnah terhadap saya. 

“Isu Lisa Blackpig pula, saya sebagai pengarah dan penerbit filem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati akan kapsyen tersebut,” jelas Janna.

Janna 3

Menurut peguam Janna lagi, pelakon ini juga telah dipanggil untuk berikan keterangan kepada pihak polis dan status kes tersebut masih dalam siasatan. Mereka juga akan mengambil tindakan tuntutan pampasan kepada individu yang mulakan provokasi tersebut.

Harap-harap isu ini selesailah ye. 

Baca: Janna Nick Diserang Peminat K-pop Sampai Delete IG & Twitter Gara-gara Panggil ‘Lisa Blackpig’?

Janna 1

Sumber: Youtube
Sumber: Instagram
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.