in

Janna Nick Diserang Peminat K-pop Sampai Delete IG & Twitter Gara-gara Panggil ‘Lisa Blackpig’?

Collage 41

Beberapa hari lalu, Janna Nick telah memuat naik video memegang al-Quran selepas video lama dia dikatakan mempersenda kematian artis Korea dimuat naik semula di media sosial.

Saya buat video ini sebab saya nak beritahu, saya nak bersumpah. Jujur demi Allah, Wallahi, saya tak tahu menahu pasal video artis Korea itu.

“Saya tak tahu pun Sakinah record tujukan dekat dia. Saya cuma gelak sahaja.”

Janna

Pun begitu, Janna tetap dikecam peminat K-pop sehinggakan tanda pagar #JannaNickIsGoingToJailParty telah trending No. 1 di Twitter sejak semalam sehinggakan pelakon ini mengambil tindakan untuk memadam Twitter dan Instagram peribadinya.

Apa cerita?

“LISA BLACKPIG”

Video tahun 2018 itu dimuat naik semula oleh peminat K-pop kerana dalam salah satu posting Instagram baru-baru ini, Janna dikatakan telah memanggil salah satu kumpulan K-pop wanita disukai ramai ini dengan gelaran babi.

Dalam posting tersebut, Janna telah mempromosikan telemovie terbaru arahannya yang bertajuk Delen namun apa yang menjadi isu apabila wanita ini telah menamakan watak dalam telemovie itu sebagai LISA BLACKPIG.

Image From Ios 4

Ekoran dari ini, ramai peminat K-pop yang marah dengan tindakan Janna ini tambahan pula dia pernah terpalit dengan kontroversi kematian JongHyun dulu.

Malah, ada yang kata, ekoran dari perbuatan Janna ini, pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Korea turut terkesan dan peminat-peminat dari luar negara pun dah tak nak bercakap dengan peminat K-pop di Malaysia. Uish dahsyat jugak!

Screenshot 2021 02 22 At 9.59.45 Am Down

Janna Nick padam media sosial & buat laporan polis

Ekoran dari kecaman tak henti yang diterima oleh Janna Nick di media sosial, pelakon ini telah pun memadam akaun Twitter dan Instagram peribadinya.

Euxq8D6Uyaezvkb Side

Sebelum akaun Twitternya dipadam, Janna turut memberitahu yang dia telah pun membuat laporan polis atas provokasi yang diterimanya ini.

Screenshot 2021 02 22 At 9.26.06 Am

Janna turut mengatakan yang dia telah pun memberi tangkap layar kepada pihak polis dan tindakan undang-undang akan diambil kepada individu-individu yang terlibat.

 

Baca: Video Lama Tular Balik, Janna Nick Dikecam Peminat K-Pop Sampai Kena Bersumpah Dengan Al-Quran

Feature 1 Janna