in

“Ni mesti gangster ni” – Ramai Orang di Sekeliling Tapi 3 Lelaki Naik Kereta Kancil Selamba Je Rompak & Langgar Lari

Hit And Run

Satu video menunjukkan 3 lelaki dipercayai gangster merompak dan langgar lari seorang penunggang motorsikal viral di Facebook sejak beberapa hari lepas.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan perumahan dekat Kampung Cheras Baru dan 3 lelaki terbabit dirakam menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih dengan no plat ADS 2908.

Gangster2
sumber: facebook

Pada awal video tu, salah seorang suspek dilihat nak masuk ke dalam kereta. Meskipun sedar ramai penduduk di sekeliling mereka, dia memberi tanda isyarat tangan supaya mereka ‘jangan masuk campur’.

Mangsa ketika itu sudah terbaring atas jalan di depan kereta sebab dah kena langgar dengan dan helmetnya pun dah tercabut berguling.

Gangster1

Gangster5

Gangster3
sumber: facebook

Lepas lelaki tu masuk dalam kereta, pemandu Kancil tersebut cuba mengundurkan kereta dan terus memecut laju pergi dari situ meninggalkan mangsa. Suara saksi juga boleh kedengaran menjerit-jerit melihat apa yang berlaku depan mata mereka.

Menurut WOB, tiada kepastian sama ada mangsa sememangnya dilanggar oleh Kancil tu dan juga sama ada dia dibelasah dengan teruk dulu sebelum dirompak.

Tapi, satu gambar telah tersebar menunjukkan keadaan mangsa selepas kejadian dalam video itu berlaku. Lelaki itu mengalami kecederaan parah dan jalan serta baju mangsa juga dilihat penuh dengan kesan darah.

Mangsa Cedera
sumber: facebook

Tiada laporan tentang keadaan mangsa selepas kejadian tersebut berlaku.

Tonton video di bawah:

https://www.facebook.com/357582290930791/videos/2524968114393032/

Harap ada yang laporkan hal ni kepada pihak polis!

Baca: “Benda boleh gaduh buat apa bincang” – Mengamuk Kereta Kena Langgar, Lelaki Keluar Kereta & Terus Belasah!

Bergaduh Cheras