in

“Saya tak kacau hidup dia” – Ustaz Ebit Lew Tak Tahan Sebak Tampil Beri Respon Pasal Hinaan Pendakwah

Ebit3

Nampaknya amalan murni Ustaz Ebit Lew ini dah jadi pertikaian sesama ustaz sehinggakan mempengaruhi warganet di media sosial.

Setelah bermacam-macam jenis kutukan dan kecaman yang dilakukan oleh rakan sesama ustaz. Uztaz Ebit Lew(UEL) akhirnya buka mulut untuk tampil memberi respon.

 

Saya tak kacau hidup dia” – UEL

UEL dilihat tidak dapat menahan sebak dan akui rasa sedih kerana ada insan yang tergamak melakukan perkara sedemikian.

Katanya dia tahu bahawa ada group ustaz di aplikasi Whatsapp mengutuknya, dan dia baca kesemua mesej-mesej tersebut.

Tambahnya lagi adalah lebih baik kalau dia diam dan tidak mahu balas semula segala kutukan itu.

“Saya tak kacau hidup dia saya tak pernah sentuh hidup dia, saya tak sebut nama dia, saya tak pernah keji dia saya tak pernah hina dia, tak pernah minta apa-apa dekat dia, sesen pun saya tak minta kat dia”

Dalam pada itu, UEL mula menahan sebak apabila mengimbau semula guru-gurunya yang sentiasa beroda untuknya dan menjadi tulang belakangnya dimana mereka sentiasa menangis ketika berdoa untuknya jikalau dia ada buat kesalahan serta menegur secara baik.

Disebabkan itu, dia bandingkan dengan sikap ustaz-ustaz sekarang yang disifatkan hanya tahu nak jatuh hukum.

“Sekarang berbeza banyak ustaz dia keji kita kat belakang, depan juga dekat Facebook, Instagram,bukan beru ni dah lama dah.”

Kesannya, reputasi UEL terjejas dan mendedahkan yang dia pernah dihalau oleh golongan ustaz jika ingin berdakwah di masjid.

Akibat itu, dia terpaksa kenakan caj jika ingin melakukan dakwah.

 

Kalau saya  bagi free saya dah kena halau”

Terus terang dia menzairkan bahawa dia begitu sedih dengan apa yang berlaku,, bagaimanapun UEL tidak nafikan bahawa ada sahaja para ulamak yang masih berhati mulia.

Biarpun begitu, UEL juga terkilan kerana ada golongan ustaz yang tak suka dengannya.

“Mungkin ustaz tu dah penat-penat belajar jauh-jauh, tiba-tiba ada cina mana pulak ni agaknya, keji kat belakang cakap bukan-bukan”

Boleh tengok video penuh kat bawah ni :

Luahan UEL terhadap tohmahan kerana memberikan bantuan ini telah mengundang rasa simpati netizen. Apapun kita dia-doalah supaya segala urusan UEL dipermudahkan dan selesaikan lah masalah ini dengan baik lagi-lagi dah masuk bulan yang mulia ini.

 

Baca : “Jangan lah double standard sebab orang tu terkenal” – Ustaz Shahrizan Perli Ustaz Ebit Lew Buat Bantuan Covid-19?

Doublestandard