in

“Jangan lah double standard sebab orang tu terkenal” – Ustaz Shahrizan Perli Ustaz Ebit Lew Buat Bantuan Covid-19?

Bantuan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang kita memerlukan sokongan antara satu sama lain terhadap petugas-petugas frontliner untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk berhadapan dengan wabak Covid-19 ini, wujud pula krisis sesama pendakwah.


Dikatakan pendakwah tersebut menzahirkan rasa kurang senang terhadap pendakwah lain yang berkeliaran di luar sana kerana dikatakan seperti tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan untuk menyalurkan bantuan.

 

Janganlah double standard sbb tu orang terkenal”

Ustaz Shahrizan ada muat naik satu posting tentang rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang menyalurkan bantuan dan merayau sesuka hati.

Katanya ada seseorang ini tidak mengikut SOP Kawalan Pergerakan dan Social Distancing. Dia juga menempelak pada segelintir pihak yang terlalu double standard hanya disebabkan individu itu orang terkenal.

Ustaz2

Tegasnya lagi, akibat perbuatan itu akan banyak sukarelawan yang nak buat misi yang sama dimana ia akan menambahkan lagi risiko penularan wabak ini.

“Pihak berwajib dah ada, MKN ada salur direct penghantaran melalui mereka dan pelbagai mekanisme selamat”

Kenyataan yang dikeluarkan itu telah mengundang kecaman netizen, ramai yang menegur sikapnya itu kerana ada cara yang lebih baik jika ingin membuat teguran.

Bagaimanapun, Ustaz Shahrizan ada pendiriannya tersendiri.

 

Sesama ustaz, tak payah upload status macam ni – Netizen

Ustaz4 Ustaz5 Ustaz6

Ustaz10

Ustaz7 Ustaz8 Ustaz9

Dalam pada itu, ramai juga yang menyokong kenyataan Ustaz ini, kerana tindakan itu seolah-olah dapat kelonggaran untuk keluar sesuaka hati.

Biarpun Ustaz Shahrizan telah menjelaskan bahawa posting tersebut termasuk semua orang buat benda yang sama dan tidak menyebut nama individu terlibat secara spesifik, ada yang beranggapan ia ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.

Ini kerana kalau diperhatikan di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew kini giat memberikan bantuan kepada petugas-petugas yang terlibat menjalankan Pemerintahan Kawalan Pergerakan ini dari segi makanan, topeng dan lain-lain.

 

“Perli ustaz Ebit ke?”

View this post on Instagram

Terasa kasihan bila tengok polis tentera yang saat ini bergabung bersama menjaga negara. Seharian tadi saya beli mcDonald bawakan untuk mereka. Syukur pada Allah. Sungguh-sungguh mereka jaga semua jalan seluruh kl dan Malaysia. Ada yang penat letih. Tadi saya ke 12 tempat roadblock. Bawakan makanan untuk mereka. Ada beberapa tempat kata. Allahu sedapnya ustaz. Jika hari-hari bestnya ustaz. Ya Allah. . Saya hadir pakai mask ramai tak kenal sangat mulanya. Tapi syukur tadi boss trafik kl tolong bawa ke semua tempat mereka bertugas. Ya Allah bila senyuman mereka dan ramai ajak selfie. Selalu tengok ustaz. Biasa bulat sikit kan. Suka dengar ceramah ustaz. Kurus yer ustaz. Terima kaseh Asp Agus JsptKl, asp juliana, asp shida mudahkan urusan tadi. Allah sayang semuanya. . Ya Allah happy rasa dapat memberi sedikit kata semangat dan tumpang pahala dan kebaikan mereka. Adik McD tadi memang baik sangat. Terima kaseh adik McD Gombak. Semua membantu tolong saya masukkan dalam kereta dan saya hadiahkan mereka buku doa. Saudaraku duduklah dirumah. Jangan susahkan tugas mereka. Penat ada yang melawan kadang kesana sini. Panjanh jalan jem. Mudahkanlah abang polis dan tentera kita ini. Yang keluar jangan bawa laju-laju. Bahaya untuk mereka. Terimalah ya Allah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah . Doakan banyak hospital perlukan banyak barang keperluan lagi. Dan mask dah order lagi 20ribu, sanitizer,glove, thermometer,portable aircond, khemah,dan banyak lagi-ebitlew . Siapa ingin infak CIMB 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Pergi beli kfc belanja staf hospital sg buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan disini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid 19. Saya yang tengok kaunter depan tu jer dah berdebar. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut macam-macam fikir. Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka. Buat orang ramai satu jer ubat ya sekarang..duduk dirumah. Kuarantin diri masing-masing dekat rumah. 2minggu ni terus jangan keluar kecuali kecemasan dan tanggungjawab. Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah-ebitlew PertubuhanKasihUmatMalaysia CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Hurm, apa pun harap masing-masing dapatlah buat rundingan secara baik agar tidak mencetuskan lagi spekulasi lain sesama pendakwah yang patut dijadikan role model kepada rakyat.

 

Baca : “Duit waktu ni boleh jadi saham akhirat” – Ustaz Ebit Lew Beli 10,000 Topeng Muka Untuk Disedekahkan

Ebit

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.