in

Gagal Rayuan, Caprice Diperintah Bayar Ganti Rugi RM220,000 Kepada Ebit Lew Serta-merta

Ft Ebit Lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi rap, Caprice nampaknya perlu akur dengan keputusan mahkamah apabila permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada pendakwah bebas, Ebit Lew ditolak.

Memetik sumber Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Zuhrina Mohamed Nor yang turut mengarahkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 40, mendepositkan wang ganti rugi berkenaan ke dalam akaun peguam yang mewakili Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 42, dengan serta-merta. Malah, Caprice turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM2,000.


Untuk rekod, kontroversi berkenaan bermula pada 15 September 2023 apabila Caprice yang juga aktivis kemanusiaan didakwa memuat naik satu rakaman video dengan menampilkan seorang wanita dikenali sebagai Mondy Tattoo sebagai tetamu jemputan.

Menerusi saman tersebut, Ebit mendakwa video berkenaan membawa maksud dirinya melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain menggambarkannya sebagai individu tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.

Ebit turut mendakwa Caprice menerbitkan video berkenaan secara berniat jahat tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan fakta daripadanya atau peguam.

Susulan penyiaran video itu, Ebit mendakwa dirinya menerima pelbagai komen negatif, cacian dan makian daripada pengikut akaun YouTube Caprice sehingga menyebabkan beliau dikecam, diejek serta dimalukan.

Ebit E1786950768182

Pada 29 September tahun sama, polis turut memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual dan fitnah yang membabitkan Ebit, Mondy serta Caprice.

Artikel berkaitan: Kalah Kes Fitnah, Caprice Diperintah Minta Maaf & Bayar Ebit Lew RM220,000

Artikel berkaitan: “Pihak sana kena bayar berjumlah…” – Caprice Menang Kes Injuksi Interim Ebit Lew

Terdahulu, pada 17 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan Caprice memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada Ebit atas kesalahan memfitnah.

Caprice juga diarahkan memadamkan tujuh kenyataan yang dibuat bersama pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo dalam tempoh 48 jam.

Selain itu, beliau turut dilarang mengeluarkan sebarang komen atau membuat kenyataan berkaitan Ebit.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak tuntutan balas yang dikemukakan Caprice selepas mendapati tuntutan tersebut tidak berasas.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.