in

“Saya tak buat perkara haram” – Suami Heliza Helmi Nafi Syarikat Buat Salah, Terkejut Dengan Dakwaan Tular

Mahadi 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, nama seorang usahawan juga suami kepada Heliza Helmi iaitu Mahadi bin Badrul Zaman telah tersenarai dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM). Orang ramai juga diminta untuk berwaspada dan tidak terlibat dengan pelaburan oleh individu atau syarikat yang tersenarai kerana pelaburan itu tidak dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.


Pun begitu, Mahadi memberitahu dirinya tidak mengetahui tentang perkara itu dan tidak juga mendapat apa-apa surat makluman daripada pihak SCM.

Mahadi 1

Tidak disiasat, ramai dah mula bertanya

mStar online sempat menemu ramah Mahadi melaporkan dia tidak menerima apa-apa surat atau emel tentang perkara tersebut. Dia yang pergi ke pejabat badan berkanun untuk berbincang mengenai hal tersebut juga memberitahu dirinya tidak pernah disiasat sebelum ini.

Artikel berkaitan: Suami Heliza Helmi Tersenarai Dalam Investor List Alert Oleh SCM, Didakwa Lakukan Aktiviti ‘Scam’?

Artikel berkaitan: Suami Heliza Helmi Gunakan Gelaran ‘Datuk’ Palsu?

Saya dalam perjalanan ke pejabat SC. Pertama kali saya tidak terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada. Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ni baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?

Dia walau bagaimanapun menafikan syarikatnya ada membuat kesalahan seperti menipu, atau melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang.

Mahadi 4
Sumber: scm

Terkejut nama dah viral, dakwa kena fitnah?

Susulan itu, suami kepada penyanyi Heliza Helmi juga mengakui dirinya terkejut kerana tersenarai dalam Investor Alert List oleh SCM. Disebabkan perkara tersebut, namanya serta syarikat AUF MBZ Consortium Plt juga akan tercalar.

Ikutkan dari dulu saya dah kena hadapi fitnah-fitnah tentang diri saya ni. Tapi, bila nama saya masuk dalam sistem SC, saya sendiri terkejut tambah pula bila dah viral memang sangat terkejut.

Tapi pihak SC masukkan nama saya dalam sistem saya pun pelik tentang perkara itu. Agak serabut tapi saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin.

Mahadi juga ada berhubung dengan pihak polis namun tiada apa-apa laporan yang dibuat mengenai dirinya.

Harap settle cepat isu ni..

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.