in

Suami Heliza Helmi Tersenarai Dalam Investor List Alert Oleh SCM, Didakwa Lakukan Aktiviti ‘Scam’?

Ft Suami Heliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) baru-baru ini mengeluarkan kemaskini terbaru Investor Alert List yang mana terdiri daripada mereka yang didakwa melakukan aktiviti pelaburan secara tidak sah sama ada melalui entiti mahupun individu.


Dalam masa yang sama, bahagian pengenalan senarai tersebut juga menasihati agar orang awam berwaspada dan tidak berurusan atau melabur melalui mereka yang tersenarai kerana perkara tersebut tidak akan dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.

Susulan pada itu, media sosial mulai ‘kecoh’ apabila salah satu daripada nama yang disenaraikan tersebut adalah suami kepada Heliza Helmi iaitu Mahadi Bin Badrul Zaman atau dikenali sebagai Mahadi BZ.

428626938 719598323622434 875510398254487629 N 1

Menerusi senarai Investor Alert List berkenaan, nama Mahadi yang disenarai beserta nombor kad pengenalan tersebut turut mempunyai kesalahan yang dilakukan syarikatnya iaitu AUF MBZ Consortium Plt.

Artikel berkaitan : “Apa dia merepek?” – Dakwa Suami Heliza Helmi Tak Siapkan Rumah, Ini Respon Datuk Mahadi

Artikel berkaitan : Suami Heliza Helmi Gunakan Gelaran ‘Datuk’ Palsu?

Dalam masa yang sama, sebuah page yang sering mendedahkan kegiatan penipuan dan pernah mendedahkan kegiatan yang dilakukan oleh Mahadi, Psudoscience Watch (PW) turut menjelaskan bahagian ‘remark’ iaitu kesalahan yang dilakukan Mahadi dan syarikatnya.

Menurut PW, syarikat tersebut bertaraf ‘Berhad’ namun sahamnya tidak disenaraikan dalam Bursa Saham yang didakwa menjalankan skim Ponzi atau sistem pelaburan palsu yang direka untuk menarik para pelabur dan biasanya ia membabitkan pulangan yang luar biasa kepada pelabur.

Malah, salah seorang pengguna di X juga mendakwa semakan di laman web istiadat negara mendapati nama Mahadi tiada dalam senarai penerima gelaran Dato’ Seri seperti yang sering digunakannya itu.

Ghrfqxtbgaay5Sk

Terdahulu, Mahadi pernah membuat satu laporan polis mendakwa dirinya difitnah selepas laman PW membuat satu pendedahan mengenai aktiviti pelaburan yang dikatakan ‘scam’ yang disifatkan berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan imej serta reputasi syarikatnya.

Sumber : SCM | X

Sumber: SCM
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.