in

“Saya rasa dunia sesepi-sepinya” – Raisuddin Cerita Kembali Momen Diberitahu Siti Sarah Telah Tiada

Siti Sarah Dan Raisuddin Hamzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ia merupakan satu kesedihan yang mendalam bagi mana-mana insan yang bergelar ayah apabila mendapat perkhabaran bahawa anak perempuan yang disayangi pergi meninggalkan mereka buat selamanya.


Inilah yang dirasakan oleh bapa penyanyi, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah yang kelu dan hilang kata-kata apabila mendapat tahu akan kematian anaknya beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian video di Facebook, Raisuddin memberitahu saat-saat dia mendapat perkhabaran dari Shuib bahawa anak perempuan kesayangannya meninggal dunia.

Malam itu Shuib datang jumpa saya, dengan senyum dia kata… abah orang nak pergi hospital. 

“Dia melutut depan saya dan dia kata… Siti dah tak ada, bah. 

“Saya rasa dunia ni macam sesepi-sepinya,” katanya sambil menahan sebak.

#MHvideo Bapa Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin Hamzah; Berkongsi perasaan sejurus menerima berita mengenai pemergiaan anaknya itu menerusi menantunya, Shuib. Raissuddin reda atas ketentuan Illahi

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, August 10, 2021

 

“Tak pernah membantah serta melawan cakap saya” 

Raisuddin juga pada masa yang sama berkongsi keperibadian Sarah yang disifatkan sebagai seorang taat dan manja dengan ahli keluarga.

“Dia seorang anak yang baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya. 

“Arwah juga seorang yang manja dengan saya, banyak kenangan manis kami sepanjang 37 tahun hidupnya. 

“Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” katanya.

Sarah Dan Raisuddin

Perkara ini dinyatakan Raisuddin ketika majlis bacaan tahlil dan doa selamat buat arwah yang diadakan secara maya pada malam Selasa lepas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada 1.20 petang, Isnin lalu.

Allahyarhamah telah meninggalkan 4 orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini dalam pemantauan PPUKM.

Semoga ahli keluarga arwah bertabah dengan dugaan yang menimpa ini. Al Fatihah. 

Baca: “2 baris saja mampu dinyanyikan” – Tokti Sebak Nyanyi Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’, Terkenang Arwah Siti Sarah

Siti Menangis

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.