in

“2 baris saja mampu dinyanyikan” – Tokti Sebak Nyanyi Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’, Terkenang Arwah Siti Sarah

Siti Nurhaliza Sebak Pemergiaan Siti Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan hari sedih buat seluruh rakyat Malaysia yang mengenali penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 37, apabila dia telah disahkan meninggal dunia akibat wabak COVID 19.


Antara yang berasa terkesan juga termasuklah penyanyi nombor satu negara kita, Dato Sri Siti Nurhaliza, yang tular dalam satu video apabila dia dilihat menangis ketika sedang merakam satu program virtual.

Menerusi perkongsian video di Facebook GEGAR, Tokti dilihat sedang mengesat air mata yang mengalir dan tidak mampu meneruskan nyanyian lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ kerana sedih atas pemergian rakan artis, Siti Sarah.

Sebelum memulakan rakaman, penyanyi ini juga katanya ada memaklumkan yang dia bimbang tak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana berasa sebak atas pemergian Sarah.

Baru mulakan rangkap pertama lagu dan hanya dua baris dinyanyikannya, Tokti dilihat berhenti dan memohon pihak penganjur menukarkan kepada lagu lain. Sedihnya…

 

“Kena sungguh lagu ni dengan situasi sekarang”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut merasa kesedihan yang dialami Tokti dan berkata lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu sangat kena dengan situasi ketika ini.

Dalam pada itu, ramai juga yang mengakui mereka sangat ‘cemburu’ dengan pemergian Siti Sarah yang dianggap sangat menginsafkan.

Komen Tokti Nangis

Tiba-tiba min teringat pulak lagu Segalanya yang Tokti dan Siti Sarah pernah nyanyi bersama tu. Al Fatihah buat arwah. Semoga Tokti bertabah dengan pemergian arwah. 

Baca: Sempat Tatap Wajah Ketika Nazak, Air Mata Siti Sarah Mengalir Masa Shuib Buat Panggilan Video Terakhir

Collage 8

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.