“Saya Raja Malaysia” – Comel Sangat! Rihana Petra Kongsi Bibit-Bibit Perkenalan Dengan Sultan Kelantan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya Raja Malaysia” – Comel Sangat! Rihana Petra Kongsi Bibit-Bibit Perkenalan Dengan Sultan Kelantan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

Bukan lagi gosip! Umum sudah tahu yang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan bekas Miss Moscow, Rihana Oksana Petra serta dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Perkhabaran ini telah dimaklumkan oleh Rihana sendiri di laman Instagramnya baru-baru ni dan menimbulkan reaksi gembira dari rakyat jelata. Nampak kaki je pun min dah dapat agak mesti comel bayinya ni! 


https://www.instagram.com/p/ByQTD2bi3M1/

“Bagi ramai orang, kisah pertemuan saya dengan suami saya tetap menjadi misteri tetapi…” 

Meskipun pelbagai cerita yang keluar daripada pelbagai portal dan salah satu darinya daripada DailyMail yang mengatakan Rihana pertama kali bertemu dengan Sultan Muhammad V ketika promosi jam tangan elit di Eropah, realitinya tak ada siapa tahu kesahihan di sebalik kisah tu.

Rihana
Sumber: Instagram

Namun beberapa hari lalu, Rihana mengambil keputusan untuk menceritakan detik-detik perkenalan mereka yang bagi admin sangat comel dan lucu!

Menurut postingnya di Instagram, Rihana memberitahu yang dia bertemu pertama kali dengan baginda pada musim bunga tahun 2017 lepas.

Malah baginda juga memperkenalkan dirinya sebagai ‘Raja Malaysia’ dan Rihana yang anggap kata-kata tersebut sebagai ‘joke’ turut mengakui dirinya sebagai Ratu Moscow. 

https://www.instagram.com/p/By2_4azCk0Y/

Kisah belum selesai… netizen tak sabar nak dengar sambungan kisah Sultan Muhammad V dan Rihana 

Walau bagaimanapun di akhir cerita, Rihana berkata yang dia akan sambung kisah yang tergantung tu di hari yang lain.

Pada masa yang sama, netizen yang mengikuti akaun Instagram tersebut sudah tak sabar-sabar menantikan kisah seterusnya dan berharap Rihana akan datang ke Kelantan tak lama lagi.

KelSumber: Instagram

Admin mendoakan semoga Sultan Muhammad V, isteri dan anak dalam keadaan baik-baik je dan bahagia selalu. Tak sabar nak tengok muka baby mereka kan! 

Baca: “Betul ke Sultan kahwin?” – Terjawab! Jurugambar Russia Kongsikan Detik Indah Perkahwinan Sultan Kelantan & Miss Moscow

Kahwin

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya Raja Malaysia” – Comel Sangat! Rihana Petra Kongsi Bibit-Bibit Perkenalan Dengan Sultan Kelantan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-raja-malaysia-comel-sangat-rihana-petra-kongsi-bibit-bibit-perkenalan-dengan-sultan-kelantan-sebelum-mendirikan-rumah-tangga/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM