“Betul ke Sultan kahwin?” – Terjawab! Jurugambar Russia Kongsikan Detik Indah Perkahwinan Sultan Kelantan & Miss Moscow

Tambah ke Sumber Pilihan
“Betul ke Sultan kahwin?” – Terjawab! Jurugambar Russia Kongsikan Detik Indah Perkahwinan Sultan Kelantan & Miss Moscow

Awal tahun ini, seluruh rakyat Malaysia terkejut sebaik tularnya khabar berita bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V meletak jawatan secara tiba-tiba.

Ia direkodkan sebagai yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara, apabila seorang Yang di-Pertuan Agong tidak menghabiskan tempoh pemerintahan baginda.


Orang ramai pun tertanya-tanya, sekiranya peletakan jawatan itu mempunyai hubungkait dengan penularan gambar-gambar perkahwinan baginda bersama bekas ratu cantik Moscow di Russia pada penghujung tahun lalu.

Namun kali ini, lebih banyak gambar-gambar ekskusif perkahwinan itu tersebar — selepas ia dimuatnaik seorang jurugambar rasmi majlis tersebut, Max Koliberdin.

Antara yang dikongsikan adalah gambar baginda Sultan Muhammad V yang lengkap mengenakan sepasang baju Melayu berwarna biru — sedang memotong kek bersama isterinya, Oksana Voevodina.

Selain itu, beberapa gambar yang memaparkan aksi mesra kedua-dua mempelai berpegangan tangan — turut mencuri tumpuan pengguna media sosial.

Maxkoliberdin2211 31

Maxkoliberdin2211 76

Maxkoliberdin2211 43

Maxkoliberdin2211 32

Maxkoliberdin2211 81

Jurugambar itu juga turut memuatnaik dua potret baginda, yang tidak kurang menariknya!

Mungkin ada yang rindu nak melihat wajah Sultan Muhammad v?

Maxkoliberdin2211 14

Maxkoliberdin2211 10

Pada 27 November tahun lalu, portal Daily Mail dalam laporannya menyebut Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal 2018 — sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan baginda.

Namun, setakat ini tidak banyak yang dapat diperjelaskan oleh mana-mana pihak kerana langsung tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak istana sendiri — berhubung perkahwinan tersebut.

Ini turut diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjelaskan — beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai perkara itu.

Apa pun, sekiranya gambar-gambar ini menjadi bukti sahih baginda dan isterinya telah melangsungkan perkahwinan — tahniah kami ucapkan!

Baca: Berita Baik Untuk Bangsa Johor! Sultan Johor Nak Buka Supermarket Baru 10% Lagi Murah Dari Tempat Lain

Featured 4

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nab Talib
Lagi tulisan Nab
Penggemar berat Morrissey dan Dwight Schrute.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Betul ke Sultan kahwin?” – Terjawab! Jurugambar Russia Kongsikan Detik Indah Perkahwinan Sultan Kelantan & Miss Moscow
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/betul-ke-sultan-kahwin-terjawab-jurugambar-russia-kongsikan-detik-indah-perkahwinan-sultan-kelantan-miss-moscow/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM