in

“Saya pagi saja mabuk..”- [VIDEO] Ford Ranger Rempuh 2 Motosikal Sebabkan 1 Maut & 2 Parah

Featured 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral video dan gambar kemalangan libatkan kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger dan dua buah motosikal di laman media sosial.


Kejadian dipercayai berlaku di Mardi, Jalan Kebun Klang itu menyebabkan salah seorang penunggang motosikal jenis Nuovo LC iaitu Muhammad Zulfakkar Borhan, 29 tahun maut di lokasi kejadian.

Manakala penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5, Muhammad Hazid Mohd Kamil,27 dan Muhammad Anas Mokti, 27 parah.

 

83189061 510785409854219 6197662976636354560 O
Sumber: facebook
83144481 510785456520881 5321977303134109696 O
Sumber: facebook

 

83206328 510785373187556 3863619834927382528 O 1
Sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, siasatan mendapati Ford Ranger dipandu dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), lapor Harian Metro.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, Ford Ranger itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua motosikal terbabit sebelum terbabas ke dalam longkang.”

Malah video pemandu Ford Ranger dibelasah turut viral di media sosial.

https://www.facebook.com/autopartzoomersHQ/posts/510786326520794

Dalam video tu boleh dengar lelaki yang tidak memakai baju tersebut mendakwa mereka dirempuh dari belakang oleh Ford Ranger tersebut.

“Dia straight, dia terus hentam kitorang”

82799290 510785496520877 2460441658408304640 O
Sumber: facebook

Malah dikatakan selepas kemalangan, pemandu tersebut tidak keluar dari kereta dan melihat keadaan mangsa sehingga menyebabkan dia dihereta keluar oleh orang awam sebelum dipukul.

Malah dapat didengar orang awam bertanya kepada pemandu tersebut, sama ada dia sedang mabuk atau tidak, ini jawapan pemandu tersebut

Saya pagi mabuk…”

Difahamkan saringan awal kandungan alkohol dalam darah pemandu tersebut melalui ujian pernafasan menunjukkan ia pada tahap yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun pemandu tersebut kini direman, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Baca : Dia ingat jalan bapak dia- [VIDEO] Penunggang Motor Berguling Dirempuh Ford Ranger Dipandu Membuta Tuli

Ford

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.